Infozon
“Ada Gambar Kakngah Kat Surat Khabar Semua Nangis…” – Sepupu Kenang Kes Nurin Jazlin

Malaysia pasti tidak akan pernah melupakan kisah tragis yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan, Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia berhati binatang.
Tanggal 20 Ogos 2007, merupakan detik hitam yang berlaku dalam hidup Nurin Jazlin yang ketika itu baru berumur 8 tahun, di saat itulah segala penyiksaan yang tidak terperi bermula.
Malaysia tidak akan pernah lupakan Nurin
Pada 17 September 2007, pihak polis memaklumkan penemuan beg berisi mayat seorang kanak-kanak perempuan tanpa seurat benang. Hancurnya hati ibu dan ayah, ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.
Berdasarkan bedah siasat, Nurin merupakan mangsa penderaan seksual berikutan kecederaan yang terdapat di dalam tubuhnya, menunjukkan dia diseksa secara ‘brutal’ oleh si pelaku.
We love you kak ngah
Di Twitter pula, seorang lelaki dikenali sebagai Aziq Jafni, yang merupakan sepupu kepada Nurin Jazlin, juga turut berkongsi thread kronologi mengenai kes arwah.
Di dalam tweetnya, Aziq memberitahu ketika itu ibunya sehingga tidak boleh keluar ke kedai kerana tidak sanggup mahu melihat wajah Nurin yang dipanggil sebagai ‘Kak Ngah’ di muka surat khabar.
Masa kes ni.. Mak aku x boleh langsung pegi kedai ke apa sebb mesti ada gambar kak ngah dekat surat khabar majalah semua trus nangis… Aku kecik lagi time tu so x dpt nak join parent aku cari kak ngah… We love u kak ngah… Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin.. https://t.co/rPBGCHkkx1
— Aziq jafni (@little_tlawk) April 26, 2020
Azif berkata, setiap kali mereka sekeluarga melihat wajah Nurin keluar di surat khabar mahupun majalah, air mata bagai tidak dapat dibendung kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa arwah.
Aku tak akan lupa kisah Nurin
Mengenang kembali detik hitam tersebut, rata-rata netizen yang ketika masih mengingati kes Nurin, meluahkan rasa simpati mengenai penyiksaan yang terpaksa dilalui arwah.
Apa yang lebih pahit adalah, sehingga ke hari ini, penjenayah yang telah menyiksa dan membunuh Nurin, belum lagi berjaya dikesan dan masih lagi hidup bebas.
Sumber : D Alpha Legacy, Apyq Shaq & Aziq Jafni

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit