Connect with us

Inspirasi

“Ada Degree Tapi Jual Teh Ais?” – Gadis Cuba ‘Pekakkan’ Telinga, Terus Fokus Cari Duit

Sudah menjadi lumrah apabila setiap perkara yang dilakukan, pasti ada sahaja tidak kena pada mata orang lain termasuk memandang rendah terhadap kemampuan seseorang individu.

Namun, ia bukanlah penghalang untuk kita terus memajukan diri kerana kata-kata cacian itu boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.

Ada degree tapi jual teh ais

Itulah yang dilakukan oleh gadis dikenali sebagai @titinisfine yang memilih untuk menghiraukan ‘mulut jahat’ segelintir masyarakat terhadap perniagaan air minuman teh ais yang dijalankan.

Hal ini kerana dia yang merupakan pemegang ijazah dianggap seperti tidak sepatutnya menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti itu.

Berkongsikan di laman Twitter miliknya, gadis berusia 23 tahun itu berkata adakalanya dia hampir berputus asa dengan kata-kata negatif yang dilontarkan seperti ‘Ada degree tapi jual teh ais’.

https://twitter.com/titinisfine/status/1312999245553627137

“Bukan apa, kadang rasa nak give up bila dengar cacian macam ni. Tapi, InsyaAllah satu hari nanti mereka nampak. Thanks yang lain sebab support business Teh Ais saya,” katanya.

Buktikan anak muda tak malas

Berkat kecekalan dan tidak kenal erti berputus asa, perniagaan yang dilakukan berjaya menjual hampir 50 botol teh ais dalam masa sehari.

Dia sentiasa memegang prinsip untuk tidak terlalu mempedulikan kata-kata negatif walaupun ada pihak yang sering melabel anak muda kini sering memilih kerja serta mengamalkan sikap malas.

Rezeki sentiasa ada kalau dicari. Jangan mengalah. Berusaha selagi boleh,” tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik.

Jangan peduli kata orang

Perkongsian tersebut mendapat ratusan tanda suka dan hampir 400 ulang kicau daripada warganet yang rata-rata menyokong pendirian gadis berkenaan dalam tidak mempedulikan pandangan sinis orang lain.

Semoga rezeki melimpah ruah

Bahagiakan diri sendiri dahulu

Diharapkan perniagaan gadis ini terus berkembang dan semakin berjaya! Jadikan kata-kata kecaman itu sebagai cabaran dan pembakar semangat untuk terus memajukan diri.

Sumber: Twitter @titinisfine

Continue Reading
Advertisement

Trending