Connect with us

Inspirasi

Abang ‘Sado’ Jual Buah Tepi Jalan, Tiba2 Ramai Gadis Akui Suka Makan Tembikai

Deretan gerai tepi jalan bukanlah satu pemandangan yang asing di serata negara Vietnam. Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke sana, pasti mengakui akan perkara tersebut, kan?

Bagaimanapun pada minggu lepas, sebuah gerai buah yang terletak di Saigon telah menjadi tarikan utama penduduk setempat, malah ia turut menjadi ‘buah mulut’ warganet di laman sosial. Agaknya, apa yang menarik sangat itu ya?

Rupa-rupanya bukan keanehan gerai atau keistimewaan buah-buahan yang dijual menjadi bualan hangat orang ramai, tetapi penjual buah di gerai tersebut yang telah ‘mencuri’ mata orang ramai apabila dia dilihat memiliki badan sasa seakan seorang ‘ahli gusti’.

Abang sado jual tembikai

Dengan hanya memakai sehelai kain bercorak tradisional Vietnam dan memiliki susuk tubuh ‘sado’ selain berbekalkan senyuman manis yang sering diukir pada wajahnya, ramai yang ‘cair’ dan jatuh hati melihat pemuda berkenaan. Sejurus itu, dia terus menjadi tular di laman sosial.

Beberapa koleksi gambarnya mula tersebar di internet dan perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet, siapakah gerangan pemuda berbadan sasa itu?

Macam biasa, warganet pun tanpa lengah menjalankan tugas mereka iaitu ‘membongkar’ gerangan pemuda berkenaan. Akhirnya, tidak lama kemudian mereka berjaya menemui jawapan sebenar dan pemuda itu bukan orang biasa-biasa tau!

Identiti sebenar

Pemuda ‘sado’ itu dikenali dengan nama Lee Won, yang juga merupakan seorang jurulatih kecergasan berbangsa Korea dan bekerja di sebuah pusat kecergasan di Saigon.

Apabila ditemubual oleh media Vietnam, Lee membuka cerita mendedahkan sebuah kisah menarik disebalik penampilan unik dan tindakannya itu.

Lagenda masyarakat Vietnam

Kain yang digayakannya itu merupakan satu simbolik dalam kalangan warga Vietnam dan mempunyai kisah tersendiri. Ia berkait rapat dengan lagenda Mai An Tiem, iaitu seorang lelaki yang dipercayai merupakan individu pertama yang memperkenalkan buah tembikai di Vietnam.

Menurut lagenda tersebut, Mai An Tiem adalah seorang jejaka yang kuat dan berbakat. Dia juga percaya bahawa segala hasil titik peluhnya adalah miliknya manakala barang-barang yang diberikan oleh orang lain termasuklah yang dihadiahkan oleh raja, bersifat sementara dan tidak kekal.

Bagaimanapun, apabila mendapat tahu tentang pendirian Mai An Tiem, raja mula murka dan menyalah anggap lelaki itu sebagai seorang yang ‘angkuh’. Dia kemudiannya dibuang ke sebuah pulau terbiar dan terpaksa menetap di sana.

Nak dijadikan cerita, di pulau itulah Mai An Tiem berjumpa biji benih ‘aneh’ dan mula membiak tanaman berkenaan sebagai sumber makanan. Hasil daripada benih itu merupakan buah tembikai yang dimakan oleh rakyat Vietnam sehingga kini.

Mengagumi tradisi Vietnam

Lee Won menyatakan bahawa dia menghormati tradisi Vietnam dan dengan memperingati lagenda Mai An Tiem, dia ingin menyampaikan mesej tentang ‘manusia seharusnya¬† bersikap jujur dengan diri sendiri dan pada masa yang sama bekerja keras untuk memperbaiki diri kita serta memberi impak positif kepada orang sekeliling’.

Rata-rata warganet teruja dengan penampilan Lee yang disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa serta membanjiri ruangan komen di posting gambar dengan komen-komen nakal.

Tiba-tiba suka tembikai

Sanggup borong semua

Pengajaran daripada kisah Lee? Walaupun dia berasal dari negara Korea, peribadinya wajar dikagumi kerana dia sangat menghormati adat dan budaya negara lain. Tabikk!

Sumber: Facebool Lee Won, The Smart Local (Toan Ngo Huy)

Continue Reading
Advertisement

Trending