Connect with us

Inspirasi

Abang Maut Ketika Cuba Selamatkan Adiknya Daripada Perompak

Kes jenayah rompakan semakin menjadi-jadi. Saban hari jumlah kes tersebut telah menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

Namun kisah pada kali ini menceritakan terdapat seorang abang yang sanggup menyelamatkan adiknya ketika rumah mereka dimasuki perompak.

Maut selepas bergelut dengan perompak demi menyelamatkan adik

Seorang remaja lelaki, Khyler Edman cedera parah setelah bergelut dengan seorang perompak ketika berada di rumahnya di Port Charlotte, Florida.

Ketika kejadian, dia sedang bersama dengan adik perempuannya yang berusia lima tahun. Perompak tersebut yang dikenalpasti sebagai Ryan Cole telah menceroboh masuk ke rumah mereka dan sekaligus menyerang kedua adik-beradik.

Melihat keadaan itu, Khyler segera meluru ke arah adik perempuannya bagi menghalang perompak tersebut daripada menderakan adiknya itu.

Pihak polis mendapati bahawa pintu rumah mereka terbuka luas selepas kejadian itu sebelum mereka menyaksikan kejadian pendarahan di dalam rumah.

Perompak tersebut telah berjaya diberkas setelah seorang lelaki yang merupakan jiran di kawasan tersebut membuat laporan apabila dia juga diserang oleh suspek terbabit.

Tindakan Khyler Edman yang sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan adik perempuannya memang patut diberi penghormatan yang besar.

Sumber: Unilad

Continue Reading
Advertisement

Trending