Connect with us

WOW

Abang Foodpanda Gigih Dayung Sampan, Demi Hantar Makanan Untuk Kaki Pancing

Disebabkan kita disyorkan duduk di rumah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan tidak boleh ‘ke sana ke sini’ tanpa tujuan, ramai yang menggunakan khidmat penghantar makanan untuk membeli makanan dari luar.

Kebiasaannya, penghantar makanan atau ‘rider’ terpaksa mengharungi pelbagai halangan seperti hujan dan sebagainya demi memastikan pesanan kita selamat sampai ke rumah.

Kadang-kala, kalau lambat sedikit sahaja, ada pelanggan tidak berpuas hati dan mula ‘complain’ berkenaan servis yang diberikan oleh ‘rider’ tanpa usul periksa kepayahan yang dihadapi mereka sepanjang jalan.

Walhal, mereka dikategorikan sebagai pejuang barisan hadapan atau ‘frontliner’ pada saat getir ini, kerana mereka bekerja menghabiskan masa di luar rumah di samping menanggung risiko yang tinggi atas jalanraya semata-mata untuk memuaskan hati pelanggan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang ‘rider’ Foodpanda dari Thailand dirakam menaiki sampan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Advertisement

Menurut portal Thaiger News, pemuda itu menaiki sebuah motorbot kecil selepas mengambil pesanan dari restoran untuk menghantar kepada pelanggannya yang sedang memancing di sungai Chachoengsao, Bang Pakong.

Lengkap memakai topi keledar dan berbaju merah jambu Foodpanda, ‘rider’ itu mendayung sampan perlahan-lahan menuju ke tempat pelanggannya sedang memancing.

Seorang warganet yang teruja dengan tindakannya telah berkongsi gambarnya di laman sosial Facebook dengan kapsyen ‘Foodpanda sudah menyediakan khidmat penghantaran atas air’.

Memetik laporan media Thailand, rupa-rupanya ‘rider’ itu tidak tahu dia perlu menggunakan sampan ketika bersetuju menerima pesanan pelanggan. Ini kerana, lokasi yang diberi oleh pelanggan hanya menyatakan dia berada di sungai berkenaan.

Sebaik tiba di lokasi, ‘rider’ tersebut menghubungi pelanggan yang merupakan kenalannya sebelum diberitahu bahawa dia sedang memancing.

Advertisement

Tidak mengeluh, ‘rider’ itu pun terpaksa meminjam sebuah sampan kecil bermotor yang berlabuh di jeti sungai berhampiran untuk pergi ke lokasi pelanggannya.

Difahamkan lagi, ‘rider’ itu tidak menerima sebarang caj tambahan atas penghantaran khas yang dilakukannya itu.

Harap pelanggan itu beri ‘rating’ tinggi kepada ‘rider’ berkenaan. Dia layak menerimanya! Tabikkk.

Sumber: Thaiger News, Mashable SE Asia

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending