Connect with us

Inspirasi

Abang Bomba Berwawasan, Kini Ternak Ikan Dalam Longkang Macam Di Jepun

Semua pasti sudah tahu bahawa, negara Jepun amat menitik beratan mengenai hal-hal kebersihan. Dikhabarkan juga, longkang mereka teramat bersih sehinggakan mereka boleh membela ikan koi didalamnya.

Berikutan itu, ramai juga pihak-pihak yang mengambil idea dan konsep daripada negara Jepun ini dan terapkannya di Malaysia. Kebanyakannya telah menerapkan idea ini disesetengah sekolah.

Ahli bomba turut ikut trend

Dikatakan ahli bomba dari alai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin juga mengambil inisiatif untuk menternak ikan dalam longkang. Longkang tersebut dikatakan sepanjang 90 meter yang berhampiran dengan balai mereka.

Macam-macam ikan!

Pelbagai jenis ikan air tawar yang turut diternak dalam longkang berkenaan. Antaranya adalah, atusan ikan pelbagai ikan patin, tilapia dan juga ikan keli.

Dah buat sejak setahun lalu

Jelas mereka lagi, ternakan ikan dalam longkang ini telah dimulakan sejak setahun yang lepas. Disebabkan air yang jernih dan persekiran yang terjaga, boleh dikatakan ini merupakan salah satu tarikan buat balai bomba di situ.

Boleh dipancing dan masak

Ikan-ikan yang diternak tersebut boleh dipancing dan dimasak terutamanya ketika majlis-majlis yang diadakan di balai berkenaan. Tidak perlu mengeluarkan kos bahan mentah yang banyak untuk pelbagai majlis kerana mereka juga turut menanam sayur di situ.

Mereka juga akan melakukan kerja-kerja pembersihan di longkang ternakan tersebut pada setiap bulan. Semoga usaha dan kreativiti mereka ini dapat dicontohi dan menjadi inspirasi bagi pihak-pihak diluar sana.

Sumber: Sinar Harian, Nur Fitri Damia.

Continue Reading
Advertisement

Trending