Connect with us

Infozon

Abaikan Pangkat, Komander Tentera Bawa Kapcai Hulur Makanan Buat Warga Emas

Umum sedia tahu bahawa dunia sedang mengalami kegawatan apabila Pendemik Covid-19 menular ke setiap negara. Perkara tersebut membuatkan kerajaan masing-masing mengambil pendekatan dengan mengawal pergerakkan rakyat.

Susulan daripada itu, pastinya pihak kerajaan sesebuah negara memberikan inisiatif dengan menyalurkan bantuan dari segi kewangan dan juga makanan.

Anggota tentera beri makanan

Menerusi perkongsian di Facebook, sebuah daerah di Thailand telah meminta bantuan angkatan tentera mereka dengan mengedarkan bantuan kepada golongan di perkampungan yang susah.

Lebih menarik, mereka adalah pasukan komander khas dari angkatan tentera disana telah menaiki motosikal menyusuri pedalaman bagi memberikan bekalan makanan buat mereka yang memerlukan.

Bekalan makanan untuk yang memerlukan

Dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsikan apabila anggota komander menghulurkan makanan sehingga ke hadapan pintu rumah seorang lelaki dengan menaiki motosikal.

Pihak tentera di sana juga menyediakan meja panjang dan meletakkan makanan unutk diambil oleh mereka yang memerlukan disana.

Sumber : รวมเด็ด คลิปดัง

Continue Reading
Advertisement

Trending