Connect with us

Inspirasi

Abah, Paklong Mail & Pakngah Hisham ‘Kerja Keras’ Semata2 Untuk Rakyat

Usikan nakal netizen mengenai gelaran ‘kekeluargaan’ yang diberikan kepada beberapa insan penting dalam menangani Covid-19 telah mendapat respon positif daripada Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjawab komen netizen

Sehubungan dengan itu, beliau telah menjawab komen netizen menerusi laman sosial miliknya dengan menerima baik setiap apa yang digusarkan oleh rakyat.

Oleh sebab itu, beliau memaklumkan bahawa apa yang mereka lakukan ketika ini adalah semata-mata untuk memastikan keselamantan serta kesihatan rakyat Malaysia terjaga.

Untuk kita semua

Datuk Seri Ismail Sabri menjawab perkara itu pada sidang media keselamatan semalam apabila ada yang menyuarakan ‘khabar-khabar’ berbeza yang diumumkan oleh setiap daripada mereka. Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan adalah untuk kebaikan semua pihak.

Jadi, beliau sempat berpesan diakhir penulisan tersebut dengan meminta agar orang ramai teruskan menjaga SOP agar diri kita dan keluarga terjamin dari sebarang ancaman pendemik.

“Apa yang Abah, Pak Long dan Pak Ngah lakukan hanya lah semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan dan puan-puan semua. Teruskan dengan kawalan kendiri untuk memastikan keselamatan diri serta keluarga kita.”

Sumber : Ismail Sabri Yaakob

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending