Inspirasi
Aamir Khan Secara Rahsia Derma Wang Disumbat Dalam Paket Tepung Gandum?

Baru-baru ini tular di media sosial, apabila ada yang mengatakan bintang Bollywood Aamir Khan membuat sumbangan wang yang mengejutkan kepada golongan kurang mampu dengan cara yang unik.
Ia berikutan daripada video Tiktok yang mendakwa Aamir menghantar sebuah trak dengan beg berisi paket tepung gandum, untuk diedarkan di kalangan yang memerlukan.
1kg tepung ada berisi duit
Malah, terdapat beberapa perkongsian di Facebook, menyatakan pada 23 April trak itu tiba di Delhi di kawasan yang kurang bernasib baik di tengah-tengah krisis COVID-19 yang sedang berlaku. Kenderaan itu diisi dengan sebungkus tepung 1kg.
Memastikan disalurkan kepada orang yang betul2 susah
Walaupun ramai yang enggan mengambil bungkusan itu kerana mereka merasa 1kg hampir tidak akan memenuhi keperluan keluarga mereka, tetapi buat yang mengambil paket itu terkejut melihat Rs15,000 (Dh727) tersembunyi dalam tepung.
Penyiar video TikTok mengatakan dengan cara ini Khan memastikan bahawa wang itu sampai kepada orang-orang yang benar-benar memerlukan kerana hanya mereka yang benar-benar sukar akan berbaris hanya dengan 1kg tepung.
Aamir Khan ada yayasan sendiri, bantu golongan daif
Bagaimana pun, keaslian video tersebut dan dakwaan yang kian tular itu masih lagi belum dipastikan oleh pihak selebriti itu sendiri.
Namun, Aamir mempunyai badan kebajikannya yang tersendiri untuk menguruskan berkaitan isu sumbangan dana kepada insan-insan memerlukan di sekitar India.
Sumber : Gulf News

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit