Cute
Duduk Penuh Sopan, Oyen Sabar Menunggu Nenek Jahitkan Mainan

Ramai orang kini dilihat memiliki haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Bukan setakat itu, haiwan-haiwan ini disayangi dan dijaga seperti ahli keluarga mereka sendiri.
Malah, ada yang menubuhkan akaun media sosial peribadi untuk haiwan peliharaan ini demi mendedikasikan gambar-gambar serta video aksi comel buat tatapan ramai.
Di Twitter, perkongsian gambar seekor kucing oyen telah menarik perhatian ramai sekaligus membuatkan ramai geram dengan perlakuan yang ditonjolkan oleh kucing berwarna oren berkenaan.
Dalam kepingan foto yang dimuat naik melalui laman Twitter tersebut memaparkan gelagat kucing oyen duduk dan dilihat sangat sabar menunggu di atas kerusi. Rupa-rupanya, kucing oren berkenaan telah mengoyakkan mainan kegamarannya sendiri.
Mainan kesayangan kucing berkenaan kemudiaanya diambil oleh nenek tuannya dan menjahitkan bahagian yang telah terkoyak. Ramai sangat terhibur dengan oyen ini kerana dia dilihat begitu tenang dan sabar menunggu mainan kesayangannya diperbaiki.
Ramai kelihatan jatuh hati dengan kecomelan oyen ini sehinggakan foto berkenaan meraih hampir 13,200 tanda suka dalam kalangan pengguna Twitter.
Sumber: Twitter.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit