Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KPDN Akan Minta Bantuan Negeri Lain Jika Pemborong, Peruncit ‘Lumpuh’ Di Kelantan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan minta bantuan dari negeri lain sekiranya pemborong dan peruncit yang dilantik untuk menyimpan barangan kawalan ketika musim banjir ‘lumpuh’.

Memetik laporan Bernama, Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata buat sementara waktu, sekiranya pemborong dan peruncit yang dilantik di mana-mana daerah terjejas, daerah terdekat yang tidak terkesan akan membantu menghantar bekalan barangan terkawal.

KPDN Kelantan akan minta bantuan negeri lain jika pemborong & peruncit ‘lumpuh’

KPDN kelantan Minta Bantuan Negeri Lain

“Setakat ini, setiap daerah mempunyai pemborong dan peruncit yang dilantik untuk menyimpan barangan kawalan.
“Sekiranya ada yang terjejas disebabkan banjir, bekalan akan disalurkan daripada pemborong dan peruncit terdekat yang tidak terkesan banjir.
“Ini sudah dilaksanakan ketika bah besar pada 2014. Jika keadaan banjir masih berterusan dan menyebabkan seluruh negeri lumpuh, kita akan memohon bantuan dari negeri lain secara terus di Pangkalan Subang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan KPDN Kelantan telah melantik 133 pemborong dan peruncit untuk menyimpan barangan kawalan melebihi kuota bagi menghadapi musim tengkujuh di negeri berkenaan.

Artikel lain: BERSATU: Muhyiddin Umum Tiga Jawatan MPT, Azmin Ali Sebagai Setiausaha Agung

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi laporan itu, Azman berkata mereka dibenarkan menambah dan menyimpan barang kawalan berjadual sebanyak 30 peratus selama lima bulan bermula November lalu hingga Mac depan.

KPDN kelantan Minta Bantuan Negeri Lain

Mengulas lanjut, Azman berkata pihaknya akan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk mempertingkatkan kerjasama dengan agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Majlis Keselamatan serta pejabat jajahan untuk mengetahui status terkini.

“Selain maklumat daripada pemborong dan peruncit yang dilantik, kami turut menjalin kerjasama dengan beberapa agensi terlibat untuk memantau keadaan semasa di negeri ini, termasuk membabitkan bekalan barangan kawalan.
“Malah, kami berharap rakyat negeri ini tidak mudah panik berhubung bekalan barangan dan pihak KPDN akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan barangan kawalan mencukupi sepanjang musim banjir untuk kegunaan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Bisnes

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) meletakkan satu tanda aras baharu sejak dilancarkan pada tahun 2018 sebagai pemangkin strategik para usahawan terus melebarkan jaringan...

Politik

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tak puas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd