Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Video Pemandu E-Hailing Hina Agama Islam & Malaysia Disiasat

Video pemandu e-hailing yang tular baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan negara Malaysia sedang disiasat selepas pihak polis menerima laporan berkenaan lelaki tersebut.

Memetik laporan Bernama, video tersebut memaparkan pemandu e-hailing itu mengeluarkan kenyataan demikian kepada pelancong asing baru-baru ini.

Video pemandu e-hailing hina agama Islam & Malaysia disiasat

Foto: Harian Metro

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seorang peniaga berusia 49 tahun telah melaporkan perkara tersebut kepada pihaknya selepas menonton video berkenaan di aplikasi TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, peniaga itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing menghina agama Islam.

Selain itu, pemandu e-hailing itu turut memburukkan negara Malaysia kerana tidak berpuas hati negara ini mengharamkan arak dan judi.

“Hasil siasatan mendapat video terbabit dimuat naik pada kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.
“Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun serta mengenal pasti pemandu e-hailing itu,” katanya.

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina memperlekehkan agama Islam ketika berbual dengan pelancong asing dari England.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain menghina agama Islam dan negara Malaysia, pemandu e-hailing itu turut mengesyorkan masyarakat yang beragama Islam untuk tinggal di hutan kerana banyak hiburan yang diharamkan.

Susulan kenyataan itu, ramai netizen berang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu e-hailing tersebut kerana menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum).

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd