Baru-baru ini tular di media sosial video pemandu wanita halang laluan ambulans walaupun siren telah dibunyikan. Dia yang memandu kereta jenis Toyota Camry langsung tidak ketepi dan mengikuti pergerakan ambulans sehingga menghalang laluan.
Tidak beri ambulans laluan
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur pada 25 Januari 2024.
Versi full version. Ambulans ke kiri, dia masuk kiri, ambulans ke kanan, dia masuk kanan balik. Aku rasa macam nak sodokkkkkkkkk belakang aje. Nyawa orang dalam ambulans dia buat macam x de nilai. https://t.co/QrwYCqwyYH pic.twitter.com/rLKKycl3NC
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) January 25, 2024
Pemandu wanita halang laluan ambulans dikenalpasti
Susulan daripada itu, menerusi kenyataan Pihak Polis Trafik Kuala Lumpur, pemandu berkenaan sudahpun dikenalpasti dan mendapati dia mempunyai masalah mental.
Artikel lain: Pesakit Meninggal Dunia Dalam Ambulans, Laluan Dihalang Pemandu Perodua Kembara
Pemandu wanita halang laluan ambulans ada masalah psikiatri
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan yang pihaknya mengesan pemandu berusia 41 tahun selepas pemandu ambulans membuat laporan polis.
“Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.
“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya.
Terdahulu, pihak polis telah mengesan video tular di media sosial itu memaparkan ambulans berkenaan dihalang laluannya oleh kereta terbabit di Jalan Lingkaran Tengah II ( MRR2 ) dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kenderaan tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.
Sumber: X Jabatan Netizen Malaysia, Kenyataan Media Ketua Jabatan Siasatan & Pengangkutan Trafik KL