Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Wanita Tanpa Kepala, Tangan & Kaki Ditemui Dalam Tong Sampah

Satu mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki disumbat di dalam sebuah tong sampah ditemui di sebuah longkang di tepi jalan Alor Gajah-Tampin akhir bulan lalu.

Mayat ditemui di dalam longkang

Memetik laporan dari Harian Metro, mayat wanita terbabit dipercayai dibunuh serta anggota badannya seperti kepala, kaki dan tangan dikerat kemudian disumbat di dalam tong sampah sebelum dibuang ke longkang di tepi jalan berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang.

Mayat wanita tanpa kepala, tangan & kaki

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mayat tidak berpakaian itu ditemui kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember 2023 tanpa sebarang identiti.

Pihak polis yang bertindak atas maklumat berkenaan telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian tersebut dan mayat  dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Hanya bahagian badan ditemui dengan kepala, kedua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.
Tiada sebarang identiti ditemui pada mayat yang dianggarkan berusia 20-an hingga 30-an, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita,” katanya.

Mayat wanita tanpa kepala ditemui sudah kering

Ujar Arshad lagi, mayat yang ditemui sudah mereput dan dalam keadaan kering dipercayai sudah meninggal dunia sekitar tujuh hingga sepuluh hari sebelum penemuan tersebut.

“Polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Susulan daripada itu, dia menyeru kepada orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk tampil bagi menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah ditalian o6-5562222 ataupun Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Superintendan Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd