Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah memberikan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Land perintah injunksi inter-parte (secara dua belah pihak) terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Disahkan oleh peguam
Memetik laporan dari Malaysiakini, peguam, Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili Sanusi dan Chuar Kia Ling bagi pihak Tan dan Berjaya Land telah mengesahkan hal tersebut.
“Selepas mendengar kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan injunksi interlokutori antara kedua-dua pihak,” kata peguam Chuar.
Vincent Tan, Berjaya Land dibenarkan dapat perintah injunksi ex-parte
Walau bagaimanapun, Mohd Faizi memaklumkan yang mahkamah belum menetapkan tarikh perbicaraan kes saman berkenaan.
Sebelum ini, Tan dan Berjaya Land dibenarkan oleh mahkamah sama untuk mendapatkan perintah injunksi ex-parte (secara sebelah pihak) pada 17 Ogos lalu, yang turut merujuk kepada perintah sekatan sementara.
Artikel lain: Sanusi Nafi Gelar Vincent Tan & Berjaya Land Sebagai Korup
Difahamkan, Injunksi interlokutori bertujuan untuk mengekalkan status quo dalam tuntutan mahkamah dengan mengarahkan satu pihak melakukan sesuatu atau berhenti melakukan sesuatu sementara menunggu penyelesaian perkara itu.
Injunksi berkenaan adalah berkaitan saman difailkan terhadap Sanusi berhubung kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dalam ucapannya pada ceramah sempena kempen pilihan raya ‘Jelajah Mega PN Best’ atau ‘PN Best Sayangi Kedah Sejahtera mega tour’ di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah pada 2 Ogos lalu.
Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)