Connect with us

Infozon

9 Tanda-Tanda Terkena Santau

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaansyaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  • Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  • Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau.
  • Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya

Petanda terkena santau

  1. Tapak tangan sentiasa berpeluh -Batuk yang berpanjangan
  2. Bisa-bisa sendi badan
  3. Kerap bermimpi seram/menakutkan
  4. Muntah darah -Berat badan makin berkurangan
  5. Kerap muntah semasa makan
  6. Tekak kerap terasa panas/gatal/berpasir
  7. Badan/dada teras panas menjelang maghrib
  8. Kerap gatal
  9. Gatal badan bila waktu malam

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti diatas silalah dapatkan rawatan segera sebelum menjadi lebih parah.

Pantang larang pesakit santau

  • Makanan yang pedas
  • Makanan yang ada unsur cuka
  • Segala jenis air limau
  • Rebung
  • Keladi
  • Nenas

Pesakit perlu berpantang makanan/minuman diatas selama 3 bulan, pesakit juga disyorkan minum 2 sudu madu setiap pagi dalam keadaan perut kosong bagi memulihkan luka-luka dalaman akibat serangan santau.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending