Connect with us

Inspirasi

84 Hari Penuh Sejarah, Pahit Manis Tugas Barisan Hadapan Ditepi Jalan Selesai

Detik 12 malam 10 Jun 2020 disambut oleh rakyat Malaysia khususnya di kota seakan satu keraian apabila tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Sehubungan dengan itu bermakna sempadan negeri juga sudah dibuka dan aktiviti rentas negeri sudah pun boleh dilakukan. Jadi, tugas para barisan hadapan terutamanya pihak PDRM dan juga ATM sudah selesai.

Siap2 undur diri

Melihat daripada foto-foto tular sejak malam tadi, terasa sayu apabila mereka mulai menarik penghadang jalan dan menyusun deretan kon di setiap sekatan jalan raya.

Berpanas berhujan demi negara

84 hari berpanas dan berhujan sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa pada 18 Mac 2020 merupakan satu tempoh yang lama. Sudah tentu pelbagai pahit manis yang mereka rasakan semasa bertugas menjadi barisan hadapan negara.

Kenangan pahit manis buat semua

Dalam tempoh tiga bulan ini, pastinya mereka mencoretkan cerita yang akan dikenang oleh setiapa daripada petugas berikutan ada yang berpuasa dan bersahur di tepi jalan bahkan menyambut beberapa perayaan besar ketika bertugas.

Terus berjuang putuskan rantaian

Sehubungan dengan itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah terus mengekalkan penjarakkan sosial bagi memastikan setiap usaha daripada barisan hadapan kita tidak sia-sia.

Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan yang bermula pada hari ini iaitu 10 Jun sehingga 31 Ogos merupakan satu tugas penting untuk seluruh rakyat Malaysia bagi meneruskan perjuangan memutuskan rantaian Covid-19 di negara.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending