Connect with us

Infozon

8 Kerosakan yang Pembeli Rumah Baru Selalu Terlepas Pandang Selepas Terima Kunci

Pasti ramai yang seronok bila terima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu kini akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki.

Namun, nampak cantik di luar tapi bila masuk di dalam keadaannya agak teruk dengan pelbagai kerosakan. Itulah antara pengalaman ngeri apabila membeli kediaman baru daripada pemaju.

Maka sebab itulah ramai pembeli akan diwajibkan membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang kerosakan yang terdapat di dalam kediaman baru mereka.

Pasti ramai yang seronok bila terima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu kini akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki.

Namun, nampak cantik di luar tapi bila masuk di dalam keadaannya agak teruk dengan pelbagai kerosakan. Itulah antara pengalaman ngeri apabila membeli kediaman baru daripada pemaju.

Maka sebab itulah ramai pembeli akan diwajibkan membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang kerosakan yang terdapat di dalam kediaman baru mereka.

Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yang dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.

Berikut merupakan sembilan kawasan penting yang wajib diperiksa apabila membeli kediaman baru. Namun sebelum memulakan pemeriksaan, pastikan anda memiliki kelengkapan berikut:

  1. Masking tape
  2. Pen marker
  3. Pembaris
  4. Penyukat rata
  5. Pita pengukur
  6. Lampu
  7. Baldi

1. Tiles Lompong

– Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
– Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
– Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
– Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

.

2. Elektrik

– Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
– Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

3. Paip dan Meter Air

– Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
– Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
– Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
– Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
– Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

4. Tingkap dan Sliding Door

– Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
– Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

5. Tangga

– Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

6. Bilik Air Tingkat Atas Bocor

– Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
– Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
– Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
– Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

7. Dinding Retak

-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

8. Kunci Semua

-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending