Infozon
8 Kematian Mengejutkan, Ini Wajah2 Rakyat Malaysia Korban COVID-19

Tidak dapat lagi kita jangka apakah kesudahan untuk negara kita berhadapan dengan wabak Covid-19, semalam sahaja sudah 8 kematian yang dicatat.
Sejujurnya, tiada siapa yang menginginkan perkara ini berlaku, buat ahli keluarga korban Covid-19 kehilangan ini amat memeritkan kerana, hilang nikmat mereka untuk menatap dan menyentuh wajah yang tersayang buat kali terakhir.
Berikutan itu, identiti kesemua lapan korban Covid-19 telah berjaya dikenal pasti, difaham mereka semua merupakan warganegara Malaysia dengan tujuh beragama Islam dan seorang lagi beragama kristian.
Mangsa pertama di Sarawak
Mangsa pertama merupakan seorang lelaki berusia 60 tahun berasal dari Sarawak. Difahamkan, mendiang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
Mendiang mengalami gejala Covid-19 bermula pada 7 Mac yang lalu, manakala pada 14 Mac kesihatan mula merosot dan disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.
Korban Covid-19 kedua
Mangsa kedua pula daripada Johor, merupakan salah seorang peserta yang menghadiri perhimpunan ahli jemaah tabligh di masjid di Sri Petaling.
Disahkan positif pada 12 Mac, sebelum kesihatannya mula merosot dan disahkan meninggal dunia pada 17 Mac ketika masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Mangsa ke-3 alami sesak nafas teruk
Mangsa ketiga pula seorang lelaki berusia 58 tahun dari Tawau, Sabah. Arwah disahkan positif selepas mengalami masalah pernafasan yang teruk, sebelum disahkan meninggal dunia pada 20 Mac lalu.
Mangsa ke-4 dari Melaka
Mangsa keempat pula seorang lelaki daripada Melaka, yang merupakan salah seorang ahli jemaah tabligh yang terlibat dalam perhimpunan di Sri Petaling, arwah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac lalu.
Ibu dan anak korban COVID-19
Mangsa kelima dan keenam membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.
Mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada 2 pagi Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 tengah hari, semalam.
Ada sejarah perjalan ke Vietnam
Mangsa ketujuh juga disahkan meninggal dunia pada 21 Mac, allahyarham Idris mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan merupakan kontak kepada kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
Mangsa kelapan seorang ustaz dari Kelantan
Mangsa kelapan dikenali, Hassan Abd Wahab, 69, yang diklasifikasikan sebagai kluster tabligh dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac lalu setelah mengalami gejala sejak 12 Mac.
Salam takziah, semoga ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi kehilangan insan yang tercinta.
Sumber :Kementerian Kesihatan Malaysia, Ismet Raja, Harian Metro

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit