Infozon
75% Rakyat Malaysia Tak Mampu pun Sediakan Walau RM1,000 Kalau Berlaku Kecemasan

Saya selalu pesan, kita paling kurang kena ada simpanan kecemasan sama dengan 3 bulan gaji. Gaji RM2,000 kena ada RM6,000.
Cuba tengok dalam akaun bank korang. Ada simpanan kecemasan paling cikai RM1,000 tak? Kalau ada, bagus. Kalau tak, istighfarlah.
Sebabnya, ikut laporan BNM, seramai 75% rakyat Malaysia tak mampu pun sediakan walau RM1,000 kalau berlaku kecemasan.
Itu RM1,000. Entah-entah yang ada simpanan kecemasan 3 bulan gaji, tak sampai 5% daripada orang Malaysia kot. Bahaya betul.
Bukan bahaya kat diri kau, tapi bahaya kat family dan kawan-kawan baik kau. Bila ada hal kecemasan je, kau pergi pinjam duit dorang.
Antara tip yang boleh dilakukan untuk membuat simpanan wang kecemasan untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku antaranya ialah.
1. Tetapkan matlamat simpanan
Simpanan untuk apa, anda tahu berapa banyak wang yang diperlukan untuk anda hidup selesa dan tidak bimbang sebarang kemungkinan yang berlaku.
2. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu
Pentingnya untuk anda merekodkan perbelanjaan anda yang dibuat dalam masa sebulan. Dengan ini anda dapat kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan fikirkan yang menjadi keutamaan.
3. Buat bajet anda sendiri
Bila anda rekod perbelanjaan anda boleh buat bajet anda sendiri. Anda akan tahu setiap sebulan berapa banyak gaji yang anda gunakan dan belanjakan. Contohnya dalam sebulan hanya RM100 untuk duit kopi, beli pakaian baru, dan lain-lain.
4. Jangan gunakan kad kredit
Bayar segala-galanya dengan wang tunai jangan guna kad kredit. Secara automatik anda akan mudah berbelanja apabila nampak duit di depan mata. Jika guna wang tunai, anda boleh melihat duit itu berkurang dan akan ada rasa menyesal bila belanja banyak.
5. Asingkan duit belanja
Jika anda ada masa keluarkan duit siap-siap untuk kegunaan sebulan. Contohnya untuk duit minyak dan tol, makan minum, dan sebagainya. Anda akan lihat betapa cepatnya duit itu habis. Dan disebabkan itu anda akan berfikir banyak kali sebelum hendak habiskan duit.
6. Asingkan duit simpanan awal
Jangan amalkan duit simpanan adalah baki duit setiap hujung bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda pasti tidak akan menyimpan. Jadikan amalan simpanan duit itu sejurus selepas anda dapat gaji.
Sumber : Harith Faisal/Mingguan Wanita

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit