Infozon
7 Snek Waktu Malam Yang Bantu Kurangkan Berat Badan

Ramai mengetahui bahawa makan selepas pukul 8 malam tidak berapa digalakkan. Namun realitinya, kenaikan berat badan (ataupun berat badan tidak dapat dikurangkan) berkemungkinan besar adalah kesan daripada apa yang dimakan berbanding waktu pengambilan makanan. Dengan pengambilan protein yang betul seperti Hydro Whey Protein, ia sebenarnya dapat membantu seseorang membina otot sewaktu tidur. Kami kongsikan 7 snek yang OK untuk dimakan pada waktu malam.
1. Kacang Pistachio
Pistachio di dalam kulit merupakan snek makan malam yang terbaik kerana proses membuang kulit itu sendiri memerlukan usaha seterusnya memperlahankan kadar memakannya. Apabila proses memakan menjadi perlahan, kuantiti yang dimakan juga berkurangan.
2. Aiskrim Raspberry Greek Yoghurt
Popsicles ataupun ais krim merupakan snek mudah selepas makan malam. Namun kebiasaannya, ais krim yang dibeli mengandungi kandungan gula dan pewarna makanan yang tinggi. Apa kata cuba resipi ini untuk mendapat snek sedap yang bernutrisi menggunakan Greek Yoghurt dan raspberry. Pada kebiasaanya, setiap hidangan Greek yoghurt mengandungi dua kali kandungan protein dan separuh kandungan karbohidrat berbanding yoghurt biasa.
Untuk menyediakannya, lenyekkan ¾ cawan raspberry bersama dengan 2 cawan Greek yoghurt 2%. Bahagikan bancuhan ini ke dalam bekas popsicle dan simpan di bahagian sejuk beku untuk beberapa jam sehingga beku sepenuhnya.
3. Biji Labu (Pumpkin Seeds)
Satu hidangan biji labu yang dipanggang mengandungi 50% kuantiti pengambilan magnesium yang disarankan. Magnesium merupakan mineral penting yang digunakan bagi lebih 300 tindakbalas di dalam badan manusia. Satu bahagian di mana magnesium berfungsi adalah untuk mengurangkan ketegangan dan menenangkan.
4. Susu Suam bersama Madu
Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam, pengambilan susu suam sudah menjadi kebiasaan bagi membantu proses ini. Apa kata campurkan sedikit madu ke dalam susu suam anda yang mana akan meningkatkan sedikit kandungan gula bagi snek ini. Lebihan gula ini senang dihadam dan akan mengaktifkan hormon yang membentuk serotonin. Sesetengah kajian mendapati bahawa serotonin bertanggungjawab bagi menyeimbangkan keadaan perasaan atau fikiran seseorang pada masa tertentu dan seterusnya dapat membantu anda mendapatkan tidur yang tenang.
5. Blueberry Sejuk Beku
Kemanisan daripada blueberry yang disejuk beku sangat menyegarkan pada penghujung hari. Ia mengandungi antioksidan sama seperti blueberry segar. Kajian mendapati nutrisi di dalam blueberry dapat membantu memperbaiki keadaan kesihatan jantung dan fungsi otak.
6.Kacang Almond
Satu kajian dari American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2012 mendapati dalam tempoh 18 bulan, responden yang mengamalkan pengambilan kacang almond berjaya mengurangkan berat badan hampir sama banyak dengan respondent yang tidak mengambilnya. Mereka yang mengamalkan kacang almond juga mendapati peningkatan yang baik pada kadar kolesterol mereka secara keseluruhan. Seperti biji labu, kacang almond juga merupakan satu sumber snek yang mempunyai kandungan magnesium tinggi.
7. Beri dan Krim
Kombinasi beri dan krim merupakan pencuci mulut yang mudah dan menyelerakan. Gantikan krim dengan Greek yoghurt penuh lemak bagi menikmati pencuci mulut berprotein tinggi. Tambahkan satu cawan Greek yoghurt penuh lemak dengan ¼ cawan beri hitam dan ¼ cawan raspberi.
Sumber : TheVocket.com

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit