Inspirasi
7 Sebab Mengapa Pelajar Gred “C” Akan Menjadi Manusia Paling Berjaya di Dunia

1. Mereka faham apa yang mereka inginkan
Pelajar “C” tidak menghabiskan banyak masa untuk kelas yang tidak penting.
Jika anda hendak menjadi seorang juruteknik, sudah jelas yang anda tidak perlu menulis karanngan yang panjang tentang budaya dan percutian anda.
Mereka berhenti mengambil kelas yang diperlukan dan lebih fokus pada pekerjaan yang berkaitan dengan subjek yang dapat membantu mereka ketika kerja.
“The only way to succeed, is to love what you do. Keep looking, don’t settle” – Steve Jobs
2. Mereka mendapat pengalaman lebih awal
Kebanyakan pelajar “C” mula bekerja lebih awal berbanding rakan sebaya yang lain, yang mana gred mereka rendah disebabkan mereka terpaksa ponteng kelas untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama, mereka mendapat pengalaman yang tidak ternilai harganya.
3. Mereka bina rangkaian
Ketika pelajar “A” sibuk belajar, pelajar “C” berkomunikasi dengan ramai orang setiap hari. Dalam kehidupan sebenar, mengenali orang yang berkedudukan tinggi serta berkebolehan dalam komunikasi akan memberi kesan yang besar dalam kerjaya.
4. Mereka tahu menghayati hidup
Baik ketika di kolej mahupun kerja, orang yang bahagia lebih berjaya. Mereka lebih mudah didekati dan dapat menceriakan keadaan, dan itulah salah satu kemahiran yang ketua anda mahukan.
5. Mereka mempunyai penyelesaian paling mudah
Antara kata-kata Bill Gates yang terkenal, “I will always choose a lazy person to do a hard job. Because he will find an easy way to do it”.
6. Mereka mengejar impian
Kebanyakan kisah kejayaan datang daripada perasaan suka akan apa yang mereka lakukan. Apabila anda masuk ke kolej, anda sangat muda dan boleh jadi anda tidak memahami apa yang sebenarnya yang anda inginkan.
Sebagai contoh, Elizabeth Holmes, yang keluar dari Stanford hanya untuk mengejar cita-citanya. Kini, dia jutawan wanita termuda yang membuat perubahan besar dalam perubatan.
7. Mereka faham apa itu kesusahan
Kejayaan memerlukan kebijaksanaan dari segi emosi, ketabahan, keinginan dan yang paling penting, kemampuan untuk mengatasi kegagalan.
Dalam bisnes ataupun kehidupan, anda akan ada saat jatuh dan bangun walau apa pun gred anda. Pelajar “C” akan lebih berjaya kerana mereka tahu apa itu kepayahan, bermula dengan lulus peperiksaan dan berakhir dengan mencari wang untuk memulakan bisnes.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit