Connect with us

Infozon

7 Khasiat Buah Delima yang Perlu Anda Tahu

Buah delima ialah salah satu buah yang dikenali pada zaman dahulu, terdapat dalam tulisan dan artifak dalam kebanyakan budaya dan agama. Buah yang kaya dengan nutrien dan anti-oksida ini dilambangkan sebagai simbol kesihatan, kesuburan dan hidup yang berpanjangan.

Banyak kajian menunjukkan, buah delima mengandungi kebaikan yang hebat pada tubuh kita, dan dapat merendahkan risiko dari pelbagai penyakit.

Berikut ialah 7 khasiat Buah Delima yang terbukti melalui kajian saintifik moden.

1. Buah Delima dipenuhi dengan nutrisi yang penting

Di kategorikan sebagai beri, buah delima berwarna merah, bulat dan berbentuk seperti epal merah. Kulit buah delima tebal dan tidak boleh dimakan, tetapi didalamnya terdapat beratus-ratus biji yang boleh dimakan dipanggil arils. Buah delima mengandungi kandungan nutrien yang banyak antaranya fiber, protein, vitamin c, vitamin k, potasium dan folat.

2. Buah Delima boleh merendahkan tekanan darah

Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, orang yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, boleh mengurangkan tekanan darah dengan mengamalkan jus delima secara konsisten

3. Jus Delima boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung

Hari ini, sakit jantung merupakan penyebab utama didunia yang menyebabkan kematian. Ianya penyakit yang rumit, didorong dengan pebagai faktor. Asid punicic, asid lemak utama dalam delima, dapat membantu melindungi daripada terjadinya proses sakit jantung. Satu kajian menunjukkan kesan positif pengamalan jus delima terhadap dua orang yang menghidapi diabetis jenis 2 dan kolesterol tinggi. Mereka mendapati terdapat penurunan dengan mengamalkan jus delima secara konsisten.

4. Jus Delima boleh membantu merawat mati pucuk

kerosakan oksidatif boleh menjejaskan aliran darah keseluruh badan termasuk tisu erektil. Jus delima terbuktimemberi manfaat dalam meningkatkan aliran darah dan tindak balas ereksi. Ianya kerana kandungan anti-oksidanya yang tinggi membantu dalam melancarkan lagi aliran darah pada tubuh.

5. Buah Delima mengandungi dua bahan unik yang hebat dalam perubatan

Terdapat dua bahan unik dalam buah delima yang bertanggungjawab untuk kebanyakan manfaat kesihatan:

Punicalagins : adalah antioksida yang sangat kuat yang terdapat dalam jus dan kulit buah delima. Jus delima dikatakan mempunyai tiga kali aktiviti antioksida teh hijau. Ekstrak buah delima dan serbuk lazimnya diperbuat daripada kulit kerana kuantiti antioksidanya yang tinggi dan kandungan punicalagins
asid punicic : juga dikenali sebagai minyak biji delima, adalah asid lemak utama dalam arils

6. Buah Delima mempunyai kesan anti-radang yang hebat

keradangan kronik adalah antara pemacu utama pelbagai penyakit pembunuh. Ini termasuk penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2, penyakit Alzheimer dan juga obesiti. Delima mempunyai ciri-ciri anti-radang yang kuat, yang sebahagian besarnya diselesaikan oleh sifat-sifat antioksidanya.

Satu kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan aktiviti radang dalam saluran pencernaan, dan juga dalam kanser payudara dan sel-sel kanser usus besar.

7. Buah Delima bole membantu melawan kanser prostat

kanser prostat adalah jenis kanser yang terjadi di kalangan lelaki. Kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak buah delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser, dan juga mendorong apoptosis (kematian sel) dalam sel-sel kanser.

Tidak dapat dinafikan, banyak khasiat buah delima yang memberi manfaat pada tubuh kita. Pengamalan Jus delima secara konsisten ternyata memberi kesan yang positif pada kesihatan kita. Kesihatan merupakan nikmat yang tidak ternilai, jadi mari kita bersama mengamalkan cara hidup yang sihat, bermula dengan pemakanan kita!

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending