Infozon
7 Jenis Bau Mulut Ini Mungkin Jadi Petanda Anda Berpenyakit

Mulut yang berbau pasti membuat ramai di kalangan kita berasa tidak senang.
Biasanya mulut berbau berpunca dari bakteria yang menjejas kebersihan mulut anda. Namun menurut Merdeka.com, selain daripada bakteria, penyakit yang anda ada juga adalah antara faktor yang menentukan bau mulut anda. Melalui bau mulutlah, anda dapat mengesan penyakit yang sedang anda menghidapi.
Ini penjelasannya daripada laman blodsky.com:
1. Bau seperti kotoran
Jika mulut anda berbau seperti kotoran, ia bermakna gusi anda mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut anda. Bakteria ini muncul disebabkan anda kurang membersihkan gigi anda menggunakan flos.
2. Bau hamis
Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut anda berbau hamis. Jika anda berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal anda.
3. Bau seperti mulut kering
Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.
4. Bau busuk
Jika mulut anda bau busuk seperti daging yang busuk, ia menandakan ada masalah dengan tonsilitis anda. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang akan menghasilkan bakteria anaerob semakin agresif. Bakteria itu kemudian akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.
5. Bau seperti susu yang ditapaikan
Mulut berbau seperti susu yang ditapaikan terjadi apabila anda melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet anda tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan anda.
6. Bau seperti kapur barus
Jika bau mulut anda seperti kapur barus, anda mungkin mengalami sinus. Ini kerana lendir ketika hidung anda tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.
7. Bau seperti buah pear
Bagi anda yang mengalami mulut berbau seperti buah pear, ia menunjukkan bahawa mungkin anda mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana terdapatnya kekurangan insulin dalam badan anda.
Itulah tujuh penyakit yang boleh dikesan melalui bau mulut anda. Maka perhatikanlah bau mulut anda supaya dapat mencegah penyakit pada peringkat awal.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit