Connect with us

WTF

6 Gajah Dewasa Maut Ketika Cuba Selamatkan Seekor Anak Gajah

Gajah merupakan seekor haiwan mamalia yang terdiri daripada dua spesis iaitu gajah Afrika dan gajah Asia.

Baru-baru ini, telah tular satu foto di Bangkok tentang sebuah kejadian melibatkan enam ekor gajah yang berhadapan maut apabila mereka ingin menyelamatkan seekor anak gajah.

Tergelincir daripada tebing

Enam ekor gajah dewasa tersebut dikatakan maut setelah gagal menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh dalam sungai akibat tergelincir. Kejadian berlaku di air terjun Taman Negara Khao Yai, Thailand.

Pegawai taman negara Khanchit Srinoppawan mengatakan salah satu antara mereka berumur tiga tahun. Kelihatan dua ekor gajah dewasa yang sedang bergelut di tebing sungai berhampiran telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Thailand.

Air terjun tersebut yang dikenali sebagai Haew Narok mempunyai beberapa sejarah yang sama dimana pada tahun 1992, sekawanan gajah kira-kira dalam lapan ekor telah ditemui mati.

Operasi menyelamat itu telah berjalan selama beberapa jam, namun bangkai gajah yang berusia tiga tahun itu telah ditemui pada dasar air terjun Haew Narok, manakala lagi lima ekor gajah dijumpai di kawasan yang berhampiran.

Menurut Edwin Wiek yang merupakan pengasas Wildlife Friends Foundation Thailand (WFFT) berkata, kedua-dua ekor gajah yang telah diselamatkan itu akan mengalami masalah dari segi perlindungan dan mencari sumber makanan kerana ia bergantung kepada kumpulannya.

Kedua-dua gajah tersebut dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan situasi itu umpama kehilangan separuh daripada keluarga. Hampir sekitar 7000 gajah Asia masih kekal di Thailand.

Sumber: BBC News

Continue Reading
Advertisement

Trending