Connect with us

Infozon

5 Tanda Anda Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah

Pernahkan anda jatuh cinta pada orang yang tepat? Yakin? Kalau suruh hati dan perasaan yang jawab, memanglah segala kekurangan pasangan takkan nampak. Maklumlah, tengah hangat di lamun asmara. Tetapi cinta itu tak seharusnya buta, apalagi membutakan. Lagipun, tiada siapa yang mahukan perhubungan yang gagal pada akhirnya kan?

Jadi sebab itulah mencintai orang yang tepat itu penting.

Tapi macam mana kita boleh tahu kalau kita dah cinta dan sayang pada orang yang betul? Ni beberapa tanda kalau korang da jatuh cinta pada orang yang salah.

1. Terlalu sering bertengkar

Bertengkar itu perkara normal dan menyihatkan bagi setiap perhubungan. Tetapi kalau sudah selalu sangat bergaduh dengan pasangan, fikir-fikirkan sihat celah mana kalau macam tu. Stress adalah kan?

2. Merasa rendah diri

Kerap merasa rendah diri dalam hubungan yang anda jalani? Rasa didominasi oleh pasangan ? Hubungan yang sihat seharusnya tidak akan membuat korang rasa macam itu. Salah satu keistimewaan punya pasangan itu adalah memiliki seseorang yang boleh membuat kita rasa percaya diri.betul tak?

3. Tidak boleh menjadi diri sendiri

Awak saya nak awak macam ni, macam tu, awak kena dengar cakap saya tau? Sampai bila korang boleh tahan berpura-pura menjadi orang lain semata mata nak senangkan hati si dia? Kalau macam inilah, pasti anda sebenarnya sudah jatuh cinta dengan orang yang salah. Sebab apa? Sebab dia tidak boleh terima anda seadanya dan buatkan anda berasa selesa untuk menjadi diri sendiri.

4. Merasa tidak dicintai

Apa lagi yang perlu dipertahankan kalau anda rasa sudah tidak dicintai? Cinta memang seharusnya tidak bersyarat. Tetapi yakinkah anda mahu bertahan dalam hubungan yang tidak pernah buat anda rasa diperlukan?

5. Tiada rancangan masa depan

Sampai bila mahu bercinta tanpa hala tuju? Kalau si dia serius pastinya si dia tidak sabar untuk hidup bersama. Tapi kalau tiap kali nak ajak jumpa mak ayah selalu bagi alasan, anda nilaikan lah sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending