Connect with us

Infozon

4 Orang Rakyat Malaysia Disyaki Telah Dijangkiti Oleh Virus Korona!

Penduduk dunia kini sedang bimbang dan ketakutan dengan wabak jangkitan coronavirus. Virus ini telah dikesan dan berpunca daripada negara China, kian merebak di seluruh dunia dan telah menyebabkan beberapa kes kematian.

Kini, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, telah menerima laporan bahwa terdapat empat kes yang melibatkan rakyat Malaysia pula. Dua mangsa berada di Sabah, manakala dua lagi berada di Selangor, telah disyaki dijangkiti dengan wabak yang kian menular ini.

Empat individu tersebut telah dimasukkan ke wad pengasingan  untuk dirawat dan siasatan menyeluruh dilakukan sebaik sahaja simptomnya dikesan.

Dimaklumkan, keputusan ujian makmal mengatakan tiga daripada mereka adalah negatif dari jangkitan virus korona ini. Seorang lagi mangsa kini telah dimasukkan ke dalam wad pengasingan di sebuah hospital Sabah dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Orang awam kini dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan tahap kesihatan yang sangat tinggi serta sentiasa pemakaian penutup mulut.

Jika didapati mengalami gelaja ataupun simpton-simptom seperti demam, batuk mahupun sukar bernafas, dalam tempoh 14 hari, segera dapatkan rawatan di hospital-hospital yang berdekatan.

Sekarang ini, kadar serta tahap kesihatan diri tidak boleh dibawa main. Jauhi tempat-tempat yang dipenuhi oleh orang ramai dan elakkan diri daripada pergi berkunjung ke luar negara pada masa yang terdekat.

Sumber; Berita Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending