Connect with us

Infozon

4 Kesan Buruk Bila Anak Kerap Terdedah Kepada Skrin Telefon & Tablet

Balik saja dari kerja anak-anak mesti nak main telefon. Kadang-kadang sampai tengah malam. Korang pernah kena macam ni? Suka atau tidak, kita kena kawal sebab ada beberapa kesan buruk terhadap anak-anak kecil akibat terdedah kepada skrin interaktif pada gajet terlalu lama.

1. Gangguan Tidur & Penyelarasan Tubuh

Ibu-bapa sudah bersiap untuk tidur dan lampu ditutup, anak-anak masih bermain telefon dalam gelap. Disebabkan asyik melihat skrin gajet yang terang dalam suasana gelap, ia menyebabkan tubuh manusia gagal mengeluarkan isyarat yang dipanggil Melatonin, sejenis isyarat tidur disebabkan suasana gelap.

Hanya beberapa minit anak kita asyik menatap skrin dalam gelap, hasilnya menyebabkan penghasilan melatonin disekat selama beberapa jam hingga menyebabkan kiraan jam tubuh badan mereka terganggu. Bila ini berlaku, akan timbul bermacam reaksi tubuh yang tidak sihat seperti ketidakseimbangan hormon dan radang otak.

Kesimpulannya, lepas padam lampu, semua mesti tidur! Lagipun, terbukti bahawa tidur yang nyenyak membolehkan tubuh kita pulih dan sihat untuk meneruskan kehidupan seharian.

2. Mendorong Reaksi Stres Akibat Kekerapan Menatap Skrin

Kedua-dua jenis stres iaitu stres akut dan stres kronik akan menghasilkan perubahan pada keserasian otak dan hormon yang boleh meningkatkan rasa marah. Ia juga mampu menimbulkan rangsangan hiper yang boleh menyebabkan rasa murung dan perubahan mood mendadak. Tak percaya?

Cuba biarkan anak anda bermain permainan kegemaran dia lebih kurang lima minit, kemudian anda
ambil telefon atau tablet tersebut daripada dia serta-merta dan lihat bagaimana reaksinya!

3. Hilang Fokus Akibat Kurang Aktiviti Luar

Kajian menunjukkan apabila melakukan aktiviti luar, ia dapat meningkatkan semula fokus, mengurangkan tekanan dan sifat agresif yang ada dalam diri manusia. Jadi, kekerapan anak-anak menatap skrin mengakibatkan masa bermain di luar terabai dan ini menyebabkan mereka boleh bertindak agresif dan sukar dikawal apabila ditegur.

4. Potensi Rasa Murung

Melalui kajian yang dibuat, penggunaan telefon dan cahaya skrin yang ditenung lama dalam kegelapan telah dikaitkan dengan masalah kemurungan-malah sesetengahnya sehingga ke tahap bunuh diri. Kajian ini telah dilakukan oleh  CDC Youth Risk Behaviour Survey 2007 dan para pakar dari Jepun.

Sumber:
Victoria, L. Dunckley M.D
Pakar Psikiatri, penulis buku ‘Reset Your Child’s Brain’ dan pakar dalam hal berkaitan kesan menatap skrin terhadap sistem saraf dalam badan.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending