Connect with us

Infozon

4 cara mahu pilih tempat duduk semasa penerbangan

Travel menggunakan kapal terbang ni kadang-kadang membebankan juga. Menunggu untuk boarding, menuntut bagasi, pemeriksaan imigresen dan kastam kadang-kadang mengatasi nikmat travelling. Tambahan pula kalau kena seat atau tempat duduk yang tak selesa dalam flight.

Next time bila beli tiket flight pastikan anda memilih seat yang sesuai, terutama sekali bila melakukan penerbangan yang jauh.  Tempat duduk yang selesa sekurang-kurangnya dapat membantu anda kekal segar dan ceria bila mendarat di destinasi anda.

Berikut adalah panduan untuk memilih tempat duduk yang terbaik untuk penerbangan anda.

1. Keselamatan

Jika korang jenis yang utamakan keselamatan, jadi pilihlah seat yang di belakang pesawat. Satu kajian menunjukkan penumpang yang berada di belakang pesawat memiliki peluang 40% lebih tinggi untuk hidup jika berlaku kemalangan.

2. Penerbangan lebih selesa dan lancar

Kalau nak penerbangan tu selesa, pilih lah seat selepas sayap pesawat. Jadi, bila ada gegaran ke apa bahagian depan dan belakang lebih cenderung melambung daripada kerusi selepas sayap pesawat.

3. Penerbangan tenang

Tak suka langsung bunyi bising? Haaa, pilihlah bahagian depan kabin pesawat. Boleh layan movie atau rehat dengan tenang.

4. Untuk tidur

Kalau jenis yang suka tidur bila naik pesawat, tempat yang paling sesuai untuk korang adalah tepi tingkap bahagian tengah pesawat. Boleh sandar sambil lihat pemandangan.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending