WTF
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit

Siapa je yang tak pernah ada bantal busuk? Hampir semua orang pernah memiliknya dan digunakan sehingga meningkat dewasa seperti yang dilakukan lelaki ini.
Lelaki berusia 25 tahun ini masih menyimpan bantal busuk atau dipanggil ‘chou chou’ atas sebab tertentu. Bantal kecil itu diberi oleh arwah neneknya ketika kecil.
Dia menganggap bantal itu sebagai ‘isterinya’. Walaupun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak namun dia masih membawa bantal tersebut kemana sahaja dan mengaku tidak boleh tidur tanpa bantal berkenaan.
Di Facebook, Chua berkongsi perjalanan yang tempuhi bersama chou chou termasuk membawa balik ke kampung halaman neneknya di China.
Gambar bantal busuk Chua tular di Facebook dengan mendapat perkongsian sebanyak 2,700 kali. Apabila ditanya tentang sama ada pasangannya cemburu atau tidak, dia mengatakan isterinya membenci bantal busuk tersebut.
“Isteri saya tidak suka bantal busuk itu dan dia tidak membenarkan anak kami menyentuh bantal tersebut,” kata Chua dengan berkata anaknya suka memeluk chou chou.
Pada satu ketika, Chua patah hati setelah anaknya mengoyakkan bantal busuk tersebut. Dia juga merayu kepada ibu dan isterinya supaya menjahit bantal itu namun mereka mengatakan chou chou tidak boleh diselamatkan.
Menurut Chua lagi, ibu dan isterinya meminta dia membuang bantal tersebut namun mengendahkan nasihat itu dan menghantar chou chou ke kedai jahit berhampiran rumahnya.
“Tukang jahit sangat baik dan sangat profesional. Dia tidak kisah dengan bau ‘isteri’ saya yang sangat kuat dan tukang jahit ‘upgrade’ bantal busuk dengan menambah lapisan kain baru di dalam,” ujarnya lagi.
Sumber: Facebook

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF10 months ago
Tak Endah PKP, Penduduk Mont Kiara Bebas Berjogging Cetus Kemarahan