Connect with us

Infozon

25 Perkara yang Dapat Bantu Buat Kau Lebih Kaya Tahun 2017

Menyimpan wang bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini dan kejatuhan nilai Ringgit sejak awal tahun lepas lagi, ramai di antara kita yang sudah terkesan dengan kemelesetan ekonomi ini.

Ramai di antara kita yang terlalu memfokuskan untuk mencari pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ini sehingga ramai yang terlepas pandang untuk mengambil kira aspek pengawal ketirisan wang ringgit atau dalam erti kata lain mengurangkan perbelanjaan, terutamanya kepada benda-benda yang tidak kita perlukan.

Mari kita baca tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook mengenai cara penjimatan wang untuk tahun 2o17 di bawah ini:

Jika petrol naik 10 sen punya lah kau marah. Tapi kau duk membazir duit gaji kau sana sini tak pula kau nak marah?

Haaa. Tahun ni mulakan dengan azam buat Senarai Jimat Wang 2017. Apa kau nak ubah dalam kehidupan kau dalam segi pengurusan kewangan. Apa langkah penjimatan kau menghadapi ekonomi semasa.

Jom buatkan senarai yang boleh korang menjimatkan wang pada tahun ini.

Antaranya;

1. Kurangkan makan di luar.
2. Bawa bekal ke pejabat.
3. Baca akhbar melalui Internet.
4. Bayar bil secara atas talian. Jimat kos petrol.
5. Berhenti langgan majalah artis.
6. Kurangkan melepak di pusat membeli belah jika tak perlu. Jimat duit parkir kereta.
7. Berhenti merokok.
8. Tutup lampu / elektrik jika tidak digunakan
9. Baiki paip air yang bocor / menitis.
10. Guna sehingga habis, pakai sehingga rosak.
11. Makan tempat yang tak ada GST.
12. Jangan buka laman web yang jual barang online jika tak perlu beli.
13. Jauhi kedai kopi hipster, kopi murah kan ada.
14. Minum air masak selalu.
15. Beli pakaian bundle dan barang terpakai.
16. Do It Yourself. Buat rak kasut DIY.
17. Guna semula dan kitar semula.
18. Keluar membeli belah dengan perut yang kenyang. Makan siap-siap dekat rumah.
19. Buat senarai barang hendak beli elakkan daripada membeli barang tidak perlu.
20. Tak perlu travel luar negara jika PTPTN kau tak start bayar lagi.
21. Bercuti bersama keluarga di kampung halaman dan di tempat yang percuma sahaja.
22. Jadikan puasa Isnin dan Khamis sebagai amalan.
23. Berhenti langgan siaran berbayar. Jika kau tak selalu tengok TV.
24. Bawa air masak sendiri kemana saja.
25. Kau tambah dekat bahagian komen. Nanti gua update sini. Okay go!

Jimat RM1 sehari, sebulan dah berapa? Penjimatan sebulan RM5, RM10, lama-lama kau akan jimat beribu juga ye dak?

Boleh la cover duit minyak kereta Honda City kau tu. Kakakaka ?

Ingat, membazir amalan syaitan. Kau tak mampu menyimpan walaupun gaji besar tu maknanya apa? Kah!

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending