Infozon
25 Kes Baharu COVID-19, Enam Libatkan Kluster Di Kedah

Kes positif COVID-19 hari ini mencatatkan 25 kes baharu, dengan sembilan daripadanya adalah penularan dalam negara, manakala 16 lagi adalah kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,200 kes serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 216 kes.
6 kes dari Kedah
Beliau menjelaskan bagi sembilan kes penularan dalam negara itu, ia melibatkan tujuh warganegara iaitu satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah serta enam kes baharu bagi Kluster Tawar di Baling, Kedah, iaitu lima kes di Kedah dan satu di Pulau Pinang.
“Dua lagi adalah kes jangkitan dalam negara yang dikesan di kalangan bukan warganegara di Kuala Lumpur, kedua-dua kes merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh pejabat kesihatan daerah dan ia melibatkan pekerja kedai makan…”
Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan pihak pejabat kesihatan daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif dan siasatan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyah kuman…”
16 kes import
Dr Noor Hisham berkata 16 kes import pula adalah dari Thailand (satu kes di Kuala Lumpur), Hong Kong (satu kes di Kuala Lumpur), Indonesia (dua kes di Kuala Lumpur), India (dua kes di Selangor dan satu di Kuala Lumpur), Arab Saudi (tiga kes di Kuala Lumpur), Pakistan (dua kes di Kuala Lumpur), Yaman (satu kes di Kuala Lumpur), Lubnan (satu kes di Selangor), United Kingdom (satu kes di Selangor) dan Jepun (satu kes di Selangor).
Katanya terdapat 28 kes yang telah pulih daripada COVID-19 pada hari ini, yang membawa kepada jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,859 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
“Sehingga kini, terdapat tujuh kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan…”
Tiada kematian dilaporkan
Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Mengulas lebih lanjut mengenai Kluster Tawar, beliau berkata dengan penambahan kes baharu itu, ia menjadikan mereka yang dikesan positif COVID-19 bagi kluster itu ialah sebanyak 39 kes.
“Sehingga 12 tengah hari, hari ini seramai 899 individu telah disaring dalam kluster ini. Seramai 727 individu disaring di Kedah, 35 kes dikesan positif COVID-19, 643 individu negatif, dan 49 individu masih menunggu keputusan…”
Sementara itu, Kementerian Kesihatan menerusi Twitter, memaklumkan tiga lagi kluster diisytihar tamat iaitu Kluster Restoran Kuala Lumpur, PUI (pesakit dalam siasatan) Ramnad dan Jeti Kuching, menjadikan jumlah terkini kluster tamat kepada 78.
Sumber : Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit