Infozon
Pengusaha Shell-out Boleh Dikenakan Tindakan Saman Sekiranya…

Jenama Shell Out ini telah dipohon pada tahun 2013 oleh pemiliknya Yap Hong Liang dan telah mendapat pendaftaran rasmi pada 2014 di bawah kelas 43 untuk kategori restoran dan penyediaan makanan.
Trend makan berkonsepkan “shell out” hanya popular bermula sekitar tahun 2015. Secara teorinya, pengusaha-pengusaha makanan berkonsepkan “shell out” ini mungkin meniru konsep makan bersepah di atas meja ini tanpa mengetahui bahawa nama “shell out” ini bukanlah nama makanan atau konsep makanan, tetapi ia adalah trademark yang berdaftar.
Pihak pemilik jenama “Shell Out” telah pun membuat notis amaran di akhbar mengenai larangan penggunaan nama “Shell Out” yang mana ia adalah milik eksklusif pemiliknya iaitu Yap Hong Liong.
Justeru, bagi mengelak diambil tindakan, pengusaha-pengusaha makanan berkonsepkan “shell out” perlu menghentikan sesegera mungkin penggunaan nama shell out pada menu, papan tanda, iklan dan sebagainya yang memaparkan penggunaan nama “shell out”.
Kebanyakan pengusaha makanan menggunakan nama “shell out” ini merujuknya sebagai nama menu atau makanan. Mungkin sudah tiba masanya untuk menukar nama menu tersebut kepada nama lain seperti “Crab and prawn with special sauce served with fries, rice and corn”.
Tidak timbul isu “saya tak guna logo shell out tu, guna perkataan shell out je”. Ini kerana pendaftaran yang dimiliki oleh pemiliknya merangkumi trademark berlogo dan juga perkataan.
Ada juga yang mendakwa nama “shell out” ini sudah menjadi “generic” atau “common”, merujuk kepada konsep makan bersepah di atas meja. Ya, kalau rasa hujah ini kuat, boleh failkan “invalidation” atau pembatalan trademark ini ke mahkamah. Tapi siapa nak tanggung kos mahkamah? Boleh pakat-pakat la kot sesama pengusaha-pengusaha “shell out”.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit