WOW
22 Tahun Lalu Doktor Kata Tiada Masa Depan, Kini Gadis Sindrom Down Bergelar Model Terkenal

22 tahun yang lepas seorang ibu melahirkan seorang bayi perempuan disahkan Sindrom Down dan doktor sendiri memberitahu bahawa masa depan anaknya mungkin kelam tidak seperti insan normal.
Namun jangkaan doktor tersebut nyata salah, anak Sindrom Down yang sudah berusia 22 tahun, Madeline Stuart kini merupakan salah seorang model terkenal dan telah mencipta nama di persada dunia peragaan.
Madeline Stuart telah menjadi pilihan utama pentas peragaan antarabangsa yang terkenal antaranya di New York, Paris, London, Dubai dan banyak lagi.
Jadi model Sindrom down pertama
Malah, nama gadis berusia 22 tahun diletakan merupakan carta pertama di Forbes dalam kategori kepelbagaian dalam industri fesyen.
Menurut ibunya Rosanne Stuart dalam satu temubual, Madeline pada awalnya menempuh pelbagai cabaran terutama masalah fizikal iaitu berat badan dan kesihatannya.
Didik supaya sentiasa yakin
Sebagai ibu, Rosanne tidak melihat Madeline sebagai seorang yang kekurangan, justeru wanita itu sentiasa memberi semangat dan bimbingan agar anaknya mampu mencapai sesuatu dalam hidup.
“Madeline dibesarkan dengan setiap hari diberitahu dia cantik dan mampu. Sentiasa membuatkan dia percaya akan kebolehan dirinya…”
Kejayaan Madeline semakin berkembang sejak menjadi model dewasa pertama dengan Sindrom Down dipelawa untuk memulakan karier di pentas fesyen, sehingga berjaya mendapat tajaan daripada Worldhotels.
Jadi inspirasi ramai…
Madeline juga telah menjadi inspirasi ramai terutama dalam golongan anak-anak istimewa, supaya akan kebolehan dan kemampuan diri mereka.
Kecantikan wanita itu datang dalam pelbagai keadaan, jangan jadi kekurangan diri kita sebagai penghalang tetapi ia adalah satu keunikan yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Sumber : Vogue

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit