Connect with us

Infozon

21 Tahun Bersama, Lionel Messi Sebak Ucap Selamat Tinggal Buat Kelab Barcelona

Hanya air mata dan wajah sugul rakan sepasukan selepas pemain bolasepak antarabangsa  Lionel Messi mengumumkan akan meninggalkan Barcelona selepas kontraknya bersama gergasi bolasepak itu berakhir.

Beri ucapan dengan air mata

Menerusi Instagram rasmi pasukan Barcelona, dapat dilihat Lionel Messi tidak dapat menahan air mata saat memberikan ucapan.

Advertisement

21 tahun bersama Barcelona

Dia yang sudah 21 tahun mengabdikan diri untuk pasukan tersebut perlu memulakan langkah baru apabila Barcelona gagal memberikan kontrak baharu kepadanya atas kekangan kewangan.

Ucapan yang dibuat oleh pemain bola sepak berusia 34 tahun itu disambut dengan tepukan tangan daripada rakan-rakan sepasukan dan juga pihak yang hadir dalam majlis ringkas sebelum dia melangkah keluar dari pasukan hebat itu.

Advertisement

Selepas ini, tiada lagi kelibat pemain yang sudah meledak 672 gol dalam 778 penampilannya, selain memenangi 31 kejuaraan utama.

Pastinya keputusan tersebut sangat mendukacitakan peminat pasukan bolasepak Barcelona ini kerana Messi merupakan antara pemain hebat bertaraf dunia serta mempunyai peminat fanatik di seluruh dunia.

Sumber: Instagram fcbarcelona

Continue Reading
Advertisement

Trending