Connect with us

WOW

Murid-murid Sekolah Rendah Malaysia, Sapu 5 Medal Dalam Pertandingan Robot Di Korea

Kini, bukan hanya orang dewasa sahaja yang mampu mengharumkan nama Malaysia diperingkat persada dunia. Malah murid sekolah rendah ataupun kanak-kanak juga mampu membuktikan keboleh mampuan mereka untuk memberikan yang terbaik buat negara.

Rakyat Malaysia sekali lagi dikejut dengan kebolehan murid-murid daripada dua buah sekolah rendah, yang mampu meraih tempat dalam pertandingan Festival Mencipta Robot 2019 di peringkat antarabangsa.

Kejayaan anak Malaysia yang memukau!

Murid sekolah rendah dari dua buah sekolah yang berlainan negeri berjaya bersatu hati memenangi pelbagai termasuk pingat emas dalam pertandingan Festival Mencipta Robot 2019, yang bertempat di Korea Selatan.

Berjaya kalahkan 30 kumpulan daripada negara luar

Team robotic dari sekoah rendah SK Seri Terentang Pahang (SKST) dan juga SK Putrajaya Presint (SKPP 11), menamatkan pertandingan tersebut dengan jayanya dan menyapu 5 buah medal termasuk emas.

 

Walaupun SKST baru pertama kali menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa, 5 orang murid daripada sekolah berkenaan, berjaya menundukkan 30 buah kumpulan daripada negara Korea, Jepun, China dan Filipina dalam kategori Sumo-Bot serta berjaya menjulang pingat emas.

Wakil Malaysia dalam peringkat dunia di China!

SKST juga dikhabarkan akan mewakili Malaysia dalam pertandiangan MakeX World Championship 2019 yang bakal diadakan di negara China pada bulan November ini.

Manakala sekolah SKPP 11 berjaya membawa pulang empat buah pingat dalam berlainan kategori yang di pertandingkan. Wahhhh, hebat sangat ni. Tahniah!

Secara keseluruhannya, mereka semua telah menjaya membawa pulang 1 emas, 2 gangsa dan 2 perak ke tanah air. Tahniah sekali lagi diucapkan buat kedua-dua buah sekolah yang telah memberikan usaha dan persembahan yang membanggakan.

Sumber: The Rakyat Post, Lensa Pekan.

Continue Reading
Advertisement

Trending