Connect with us

WTF

Rindu Sangat, 2 Beradik Sanggup Berpaut 3 Jam Bawah Bas Demi Berjumpa Ibu & Ayah

Avatar

Published

on

Di usia yang masih kecil, insan yang kita perlukan adalah kedua ibu dan bapa, merekalah tempat kita mengadu dan mencurahkan kasih.

Namun, tidak seperti kisah dua beradik dari wilayah Guangxi,  Selatan China, tidak seperti kanak-kanak lain kerana disebabkan kesempitan hidup mereka terpaksa berjauhan dengan kedua ibu bapa.

Sanggup bahayakan nyawa

Terlalu rindukan ibu dan ayah, itulah yang bergelodak di dalam jiwa dua beradik ini apabila mereka sanggup membahayakan nyawa semata-mata mahu berjumpa orang tua mereka.

Menerusi laporan media, dua beradik ditemui berpaut di bawah bas selama tiga jam di bawah bas semata-mata mahu berjumpa dengan ibu bapa mereka yang bekerja jauh di bandar.

Rindu sangat pada ibu ayah

Dua beradik itu ditemui oleh pemandu bas, ketika dia mahu memeriksa bahagian bawah bas sebelum terkejut melihat dua orang budak cuba merangkak keluar dalam keadaan yang kotor dan berdebu.

Sebenarnya jarak yang mereka sangkakan dekat dengan tempat kerja ibu bapa mereka, hakikat lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong.

Namun, untuk menyedapkan hati dua beradik itu, saudara yang menjaga kanak-kanak tersebut terpaksa menipu mengatakan ibu bapa mereka bekerja di Baisen tidak jauh dari Nazuo iaitu tempat mereka tinggal.

Peritnya menanggung rindu sanggup mereka membahayakan keselamatan sendiri, tetapi mereka hanyalah kanak-kanak yang sudah lama dahagakan kasih sayang kedua ibu dan ayah.

Sumber : en goodtimes.my & Berita Kopak

Continue Reading
Advertisement

Trending