Connect with us

Inspirasi

19 kematian, Ketua Daerah Di Indonesia Cuci Sendiri Bandar Elak Covid-19 Menular

Seluruh dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak Covid-19 yang sememangnya menakutkan. sudah beribu kematian dicatatkan di seluruh dunia dengan ratusan ribu disahkan positf Covid-19.

Di Indonesia, wabak tersebut dilaporkan lambat sedikit menular berbanding negara-negara jirannya, namun sudah pun mencatatkan 19 kematian iaitu paling tinggi di Asia Tenggara.

Turun padang bersihakan bandar

Oleh sebab itu, para pemimpin negara republik itu mulai serius dalam menangani masalah ini dengan pelbagai inisiatif digerakkan.

Menerusi satu perkongsian gambar yang tular di media sosial,  Walikota ataupun Datuk Bandar Surabaya yang dikenali sebagai Tri Risma Harini atau disapa Bu Risma dilihat turun padang membersihkan persekitaran Surabaya.

 

Minta semua rakyat patuh arahan

Beliau juga dilihat telah memberikan arahan agar orang ramai sentiasa mematuhi arahan kerajaan dengan mengehadkan pergerakkan. Arahan tersebut dibuat melalui pembesar suara yang dihala ke luar kenderaan yang dinaikinya.

memang seorang yang tegas

Tindakan yang dibuat oleh Bu Risma sememangnya telah mendapat pujian daripada hampir seluruh Indonesia kerana beliau sendiri memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas.

Sebelum ini, video beliau memarahi petugas kerajaan yang lalai dalam menjalankan tugas pernah tular dan mendapat respon yang pelbagai daripada seluruh masyarakat.

https://twitter.com/RD_4WR1212/status/1216045598714912769

Sumber : Surabaya Bangga

Continue Reading
Advertisement

Trending