Detik
16 Tahun Berkahwin, Wanita Dihalau Keluar Rumah Selepas Suami Nikah Si Perampas

Tidak dapat digambarkan perasaan kecewa yang dialami seorang wanita di Indonesia ini apabila mendakwa telah dihalau keluar dari rumahnya sendiri oleh orang ketiga iaitu isteri baru suaminya, lapor portal Liputan6 hari ini.
Menerusi dua video tular di media sosial, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu merakam suasana di dalam rumahnya termasuk bilik tidur dan ruang tamu luas dengan nada menahan sebak sambil menceritakan situasi sebenar.
Menurut wanita tersebut, rumah itu dibeli hasil titik peluhnya yang menjual makanan selama tiga tahun. Namun, kehadiran orang ketiga seolah-olah telah memusnahkan kebahagiaannya selain perlu menelan kepahitan daripada tindakan curang si suami.
“Ini rumah gue, rumah yang dibeli dari hasil jerih payah gue. Gue jualan seblak selama 3 tahun, jerih payah gue tabung,” katanya yang sudah 16 tahun berkahwin.
Malah, dia juga sempat merakam kelibat seorang individu yang dikatakan sebagai perampas itu selain mendakwa individu berkenaan sudah sebulan mendirikan rumah tangga dengan suaminya.
Lebih menyakitkan apabila dia melihat semua barang miliknya di dalam rumah itu ‘sesuka hati’ dipakai oleh si perampas, tanpa rasa bersalah selepas meruntuhkan rumah tangga orang.
“Alasan dia ngusir gue dari rumah katanya gue selingkuh, padahal dia sendiri yang udah nikah, baru sebulan guys, sakit nggak? Selama 16 tahun gue digituin,” ujarnya.
Di akhir video, wanita terbabit memohon doa orang ramai supaya dirinya terus kuat menghadapi dugaan tersebut sekali gus dapat menuntut semula haknya selepas diabaikan suami.
Sumber: Liputan6 , Instagram @insta_julid

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit