Connect with us

Infozon

15 Tanda-Tanda Rumah Tangga Mula Retak

Kegagalan rumah tangga yang berpunca disebabkan orang ketiga ini mendapat perhatian netizen. Siapapun pasti akan bersimpati dengan nasib wanita ini, mungkin dia telah cuba sedaya upaya untuk memulihkan masjid yang dibina selama 2 tahun namun usahanya tidak kesampaian. Disini kami ingin kongsikan 15 tanda rumah tangga mula retak supaya wanita lain di luar sana “aware” dengan keadaan rumah tangganya.

1. Telefon masing-masing menjadi asing sampaikan anda tak tahu pasangan ada nombor telefon yang lain. Terdapat sms yang bernada mesra di dalam inbox telefon pasangan anda. Atau, inbox dan sent items sentiasa kosong walaupun memory card tidak full. Malahan pasangan juga akan memarahi sekiranya anda meneliti telefon bimbit mereka.

2. Pasangan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook, group Whatsapp dan lain-lain lagi. Kekerapan pasangan dengan laman sosial melebihi jumlah kebersamaan anda dengan mereka.

15 Tanda-Tanda Rumah Tangga Mula Retak2

3. Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.

4. Tiada lagi ungkapan kasih sayang atau panggilan mesra seperti sebelum ini. Pasangan juga semakin acuh tak acuh kepada anda. Hubungan intim semakin berkurangan, sebulan mungkin dua, tiga kali.

5. Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan. Sikapnya di rumah juga semakin dingin dan kurang mesra. Mahukan kebebasan sendiri.

6. Suka memarahi, memburuk-burukkan dan menjatuhkan air muka pasangan di hadapan orang lain terutamanya pihak keluarga. Pasangan juga tidak mahu mengalah sekiranya berlaku persengketaan. Tiada segan silu menceritakan keburukan pasangan kepada orang luar.

15 Tanda-Tanda Rumah Tangga Mula Retak

7. Gagal menjadi seorang pendengar yang baik! Percaya atau tidak hubungan yang mesra sebenarnya bermula daripada komunikasi yang berkesan di antara kedua-dua belah pihak. Apabila tidak ada pihak yang mahu menjadi pendengar ketika perbincangan, maka di situlah timbulnya bibit-bibit keretakan rumahtangga.

8. Semakin melupai tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan hari jadi pasangan. Tambah teruk, pasangan juga semakin berat tulang menghadiah dan memberikan penghargaan kepada kamu.

9. Jarang atau mungkin tidak pernah memberitahu alasan pergi ke mana-mana, mengapa pulang lewat dari pejabat dan sering keluar ‘outstation’. Perasan dia mulai suka lepak hingga lewat malam dengan kawan-kawan?

10. Pertengkaran sering terjadi meski pun ianya cuma disebabkan oleh masalah yang kecil. Ada sahaja kesilapan yang cuba diselongkar oleh pasangan untuk mencetuskan api pergaduhan sehinggakan kedua-dua belah pihak merasa lebih baik ketika tidak bersama.

15 Tanda-Tanda Rumah Tangga Mula Retak3

11. Mula merasa lebih senang dengan orang lain. Lebih gemar mengadu masalah dengan orang lain daripada pasangan. Sejujurnya apabila anda merasa lebih tenang bersama orang lain berbanding pasangan, ini bererti rumahtangga anda benar-benar semakin retak.

12. Anda mula mengungkit-ungkit keburukan pasangan. Pasangan tak jaga badan, pasangan tak pandai masak, pasangan mengabaikan, sebenarnya kamu mencari alasan untuk mencari yang lain.

13. Tidak selesa untuk keluar bersama. Jika ingin keluar bersama, cuba mencari tempat-tempat yang tak ramai orang, rahsia dan tersorok. Lebih suka main sms atau telefon daripada berbual bersama. Mahu pulang ke rumah dengan segera.

14. Mula berkeras dengan pasangan, Naik tangan dan maki hamun. Malahan rumahtangga akan semakin retak sekiranya kalian berdua saling melontarkan bahasa yang kasar dan menyakitkan.

15. Dulu sejam berpisah dah rindu, kini asyik panas bila bersama.Sampai tidak boleh tengok muka masing-masing rasa nak marah. Lebih selesa tidur bersendirian atau mengelak daripada berjumpa. Rasa sakit hati kalau tengok wajah pasangan. Sudah tidak mahu berusaha lagi untuk baikkan hubungan. Rasakan lebih baik berpisah dari hidup bersama.

Semoga dengan perkongsian ini, kedua – dua belah pihak, si suami dan isteri bersama – sama memperbaiki hubungan dan berbincang jika salah – satu daripadanya menunjukkan perubahan seperti di atas.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending