Connect with us

Infozon

15 Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu

Seperti mana yang kita tahu bahawa kucing itu adalah haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun, kucing sebenarnya mempunyai fakta yang terkait padanya yang tidak semua orang tahu.

Kucing bukan hanya boleh menjadi tempat untuk bermain bersama, malah juga mampu menghilangkan tekanan pada manusia. Kucing adalah binatang peliharaan yang boleh memberikan ketenangan disamping menghilangkan tekanan yang dilalui manusia.

Kami kongsikan fakta tentang kucing di rencana ini.

  • Kucing boleh mengesan gempa bumi. Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.
  • Kucing boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah.
  • Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur.

15 Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu 5

  • Kucing tidak memahami sebab mereka dihukum jika melakukan kesalahan. Mereka harus dipuji dan diberi ganjaran untuk tingkah laku yang diingini sebaliknya.
  • Kucing menghidu hidung masing-masing kala bertemu. Ianya salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Namun, tidak semua kucing akan melakukan perkara ini. Hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam.
  • Saintis masih tidak dapat mengenal pasti apakah punca kucing ‘purring’.
  • Kucing akan menghasilkan ‘purring’ ketika menghela nafas dan juga menghembus karbon dioksida.

15 Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu 4

  • Kucing muda mempunyai nada ‘purring’ secara monoton berbanding kucing yang sudah lanjut usia.
  • Mereka masih mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan tuannya.
  • Sama seperti anjing, kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat.
  • Kucing akan memejam atau mengedip matanya jika secara tidak sengaja dia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda cuba untuk menjinakkan seekor kucing liar, cuba kedip mata anda dan pandang ke arah lain kala merenung matanya.

15 Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu 3

  • Berikan kucing daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat.
  • Kucing boleh menerima haba atau kepanasan dengan baik kerana secara azalinya keturunan kucing dahulu kala adalah binatang yang menetap di gurun.
  • Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.
  • Kucing juga berpeluh seperti manusia. Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.

15 Fakta Kucing Yang Anda Tidak Tahu 2

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending