Connect with us

Infozon

13 Tahun Terpisah, Gadis Indonesia Pohon Jejak Ayah Yang Berhijrah Ke Malaysia

Sesetengah individu dilihat menggunakan media sosial sebagai medium utama demi kepentingan peribadi mereka. Ada yang cuba meraih pendapatan, malah ada juga mengwar-warkan berita kehilangan ahli keluarga atau kenalan mereka di media sosial.

Kebanyakan individu yang mencari insan tersayang menggunakan kuasa tular ini, sebilangannya berjaya mendapatkan keputusan yang positif. Disebabkan itu, ramai dilihat mengunakan cara ini untuk jejaki dan bertemu kembali dengan insan yang sudah terpisah lama.

“Aku mahu cari ayah aku…”

Di Twitter, seorang gadis Indonesia menggunakan kuasa tular di laman Twitter untuk menjejaki bapanya yang sudah 13 tahun tidak kembali ke pangkuan keluarganya.

Jelas gadis ini ayahnya itu telah berhijrah dan meninggalkan mereka sekeluarga untuk mencari rezeki di Malaysia.

“Balik ke Malaysia tak bawa telefon…”

Jelas gadis ini, ayahnya pergi semula ke Malaysia tidak membawa telefon gara-gara telefon tersebut ditinggalkan buat anak gadisnya. Sampai sekarang, dirinya masih diselubungi dengan rasa serba salah disebabkan peristiwa tersebut.

“Sampai sekarang tiada khabar berita…”

Gadis ini juga berharap agar cara ini membantunya untuk bertemu semula dengan bapanya. Dia juga turut sertakan dua keping saki baki gambar bapanya untuk rujukan orang ramai.

Advertisement

Diharapkan ada sinar baru buat gadis ini dan keluarganya menjelang syawal nanti.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending