Connect with us

Infozon

12 Beradik Rai Syawal Yang Pilu, Ibu Meninggal Dunia Akibat Kanser

Cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum raya, namun keluarga di Singapura ini terpaksa menerima hakikat bahawa ibunya meninggal dunia akibat kanser pada Selasa lalu.

Allahyarham pergi meninggalkan 12 orang anak yang kebanyakan masih bersekolah berusia antara satu hingga 18 tahun. Seorang pengguna Facebook, Diana Hairul berkongsi perkara tersebut semalam.

Salam everyone,I have a new beneficiary. This beneficiary is a single Dad of 12 kids aging from 18 years old to 1 yr…

Posted by Diana Hairul on Wednesday, May 20, 2020

Menurut posting itu, anak-anak termasuk bapanya tinggal di sebuah rumah flat dua bilik. Bapa tunggal yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan sudah berhenti kerja sejak setahun kerana menjaga Allahyarham ketika hayatnya.

Disebabkan kesusahan itu, Diana meminta sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk wang, susu formula, lampin dan makanan bagi meringankan beban mereka.

Selepas berita mengenai keluarga itu tular di aplikasi WhatsApp dalam kalangan netizen Singapura, ramai pihak berganding bahu tampil menghulurkan bantuan buat keluarga ini.

Menerusi sebuah video di page Facebook Jalan2junkie, bapa tunggal tersebut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan untuk keluarganya bagi meneruskan kehidupan.

Allah is the best of planners. He showers love in all kinds of ways. Today our community shows that you will not go through this alone.Help is just a call away. May Allah blessed those who had contribute but please do NOT stop at today, may help be pouring everyday for all these 12 beautiful children…‭8375 8901‬ Johan POSB savings account 247-21963-3Blk 513 Wellington circle #08-24 Singapore 750513With Ustadz Muhammad Faisal Mohamed Ayub and Firdaus we look into how we could help Abang Johan & his 12 children in this blessed month of ramadhan and beyond#projectgiveback #helpustohelpothers #ramadhan2020 #jalan2junkie #iftardistributions #beingabettermuslim #angelsinhumanform

Posted by Jalan2junkie on Thursday, May 21, 2020

Menangis! Syawal tanpa ibu

This I cannot..I broke into tears.. visited the widow husband & 12 beautiful children who have lost their mother due…

Posted by Muhammad Faisal Mohamed Ayub on Thursday, May 21, 2020

Berat ujian yang perlu ditempuhi buat keluarga ini. Semoga si bapa kuat dan tabah membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran isteri di sisi.

Sumber : mothership

Continue Reading
Advertisement

Trending