WTF
116 Warga Asing Dicekup, Berhasrat Tunai Solat Jumaat Berjemaah Atas Bumbung

Walaupun sudah diberi amaran banyak kali, tetapi masih terdapat segelintir penduduk di Malaysia ini ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan.
Bukan mudah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini, oleh itu kerajaan menyeru agar orang ramai berhentikan sebarang perhimpunan dan duduk didalam rumah sehingga tempoh yang telah ditetapkan.
Menurut laporan Sinar Harian, 116 pekerja warga asing telah tertangkap, gara-gara ingin menunaikan solat jumaat secara berjemaah berlokasi di sebuah kilang yang terletak di Muar Johor.
Namun malangnya, perbuatan mereka ini berjaya hidu pihak berkuasa tempatan dan hasrat menunaikan solat berjemaah bersama-sama tidak kesampaian. Warga asing itu terdiri daripada warga Pakistan, Bangladesh dan Indonesia ditahan ketika melakukan persiapan untuk menunaikan solat Jumaat.
Sewaktu ditahan, wakil mereka memberikan alasan tidak tahu menahu mengenai PKP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Disebabkan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata akan menyiasat perkara ini dan soal siasa majikan mereka sama ada maklum terhadap perkara tersebut atau tidak dan tindakan lanjut akan diambil.
Sumber: Sinar Harian.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit