Connect with us

WTF

10 Tahun Kemudi Running Man Pengarah Buntu Cari Idea Baru, Umum Undur Diri

Kekeringan idea dan masalah kesihatan, itulah antara punca utama Penerbit dan pengarah utama program realiti terkenal Running Man, Jung Chul Min mendedahkan punca utama menarik diri daripada program berkenaan.

Pengarah undur diri…

Selama 11 tahun, Jung Chul Min telah mengabdikan dirinya untuk menghiburkan dan menghasilkan siri Running Man secara berterusan.

“Saya sudah menjadi pengarah dan penerbit untuk Running Man selama lebih 11 tahun. Dalam tempoh tujuh tahun itu sahaja sudah didedikasikan untuk menghasilkan siri Running Man secara berterusan…”

Susah cari idea baru

Namun, pengarah dari Korea itu mengakui, untuk mencari idea baru bagi setiap episod Running Man bukanlah satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila rancangan itu disiarkan setiap minggu.

Terdahulu, Chul Min telah terlibat dengan Running Man sejak menyertai SBS pada tahun 2010. Dia kemudiannya dipilih menjadi PD utama Running Man pada tahun 2017 sehingga kini.

Untuk rekod, Running Man telah memulakan siarannya sejak Julai 2010 dengan anggota asal iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kang Gary dan Song Joong Ki.

Sumber : Astro Gempak

Continue Reading
Advertisement

Trending