Connect with us

Infozon

10 Rekod Malaysia Baru Selepas PRU14 Bersama Pakatan Harapan

Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu menyaksikan Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Kejayaan ini sekaligus melakar perlbagai red baru daam sejarah negara mahupun dunia.

Di sini, kami senaraikan 10 rekod baru yang dipecahkan oleh Pakatan Harapan.

1. Tumbang kepada pembangkang selepas 60 tahun memerintah.

Barisan Nasional yang selesa memerintah Malaysia selama 60 tahun semenjak tahun 1957 akhirnya tewas kepada parti pembangkang.

Kepimpinan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir ini berjaya menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang ke-6.

2. Perdana Menteri buat kali kedua dan tiada siapa pernah lakukan di dunia!

Tidak pernah ada lagi di dalam mana-mana rekod di dunia apabila seorang bekas Perdana Menteri berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Tun M yang bersara daripada arena politik pada tahun 2003 selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, kembali sekali lagi untuk menumbangkan anak didiknya daripada terus mencengkam negara.

3. Tun M menang besar PRU sebagai kerajaan mahupun pembangkang.

Media arus perdana sebelum ini meramalkan bahawa penglibatan semula Tun M di dalam kancah politik tidak akan memberi impak yang besar namun jangkaan itu meleset apabila gelombang rakyat berjaya mengangkat Tun M menang besar di PRU14.

Malahan, Tun M juga merupakan satu-satunya pemimpin yang berjaya memenangi PRU samada sebagai kerajaan mahupun pembangkang.

4. Wanita pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dianggap sebagai ‘the true feminist’ oleh netizen, Dr Wan Azizah merupakan wanita pertama yang melopori jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas 61 tahun dipegang oleh pemimpin lelaki.

5. Menteri Kewangan berbangsa cina pertama selepas 44 tahun.

Sekitar 44 tahun yang lalu, Tan Siew Sin daripada MCA sebenarnya pernah memegang jawatan ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Apa yang menariknya, selepas Lim Guan Eng dilantik sebagai menteri, ucapan beliau telah menarik perhatian ramai orang,

“Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang Cina, tetapi saya adalah rakyat Malaysia.”

6. Perdana Menteri paling tua pernah dilantik di dunia.

Pada usia 92 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan calon tertua pertama yang pernah bertanding dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Akibat tuduhan rasuah, skandal politik serta peningkatan kos sara hidup di Malaysia, kegagalan Najib Razak ini mendorong Tun M kembali merampas takhta tersebut apabila memenangi PRU14.

7. Rakyat berbangsa Sikh pertama yang memegang jawatan menteri di Asia.

Selain India, Gobin Singh merupakan bangsa Sikh yang pertama memegang jawatan menteri persekutuan di Asia. Diberikan jolokan ‘Harimau Kecil Puchong’, Gobin merupakan anak kepada mendiang Karpal Singh.

8. Nama-nama menteri tanpa gelaran kehormat melebihi jumlah yang mempunyai gelaran.

Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan Kabinet Menteri dibarisi oleh menteri yang tidak bergelar kehormat.

Selain daripada Tun M dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, terdapat dua menteri sahaja yang mempunyai gelaran kehormat iaitu:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin.
2. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Manakala selebihnya jawatan menteri di dalam kabinet hanya menggunakan nama mereka sahaja.

9. Ahli Parlimen paling muda di Malaysia pada usia 22 tahun.

P. Prabakaran melakarkan sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda di Malaysia apabila memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 24,438 undi sebagai calon Bebas.

Beliau yang mengalahkan tiga pencabar di dalam PRU14 telah mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan.

10. Raih undi majoriti paling banyak dalam rekod PRU dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana wakil sebelum ini.

Tony Pua yang bertanding di kerusi Parlimen Damansara berjaya memecah rekod peribadinya juga negara apabila memenangi undian majoriti sebanyak 121,283 undi.

Jumlah yang paling tinggi ini telah menjadikan Tony Pua melakar sejarah di dalam 63 tahun Pilihan Raya Umum negara.

Sumber : SAYS

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending