Infozon
10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Disebalik Kemajuan Negara Jepun

epun adalah sebuah negara kepualauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik dan berjiran dengan China, Korea dan Rusia. Seperti kita semua sedia mengetahui, Jepun merupakan sebuah negara yang maju dan proaktif yang boleh dijadikan sebagai ikutan dan contoh kepada negara lain untuk maju dan berjaya.
Kemajuan Jepun dibantu rakyatnya yang hidup dengan penuh disiplin dan mempunyai semangat cintakan negara yang menebal. Untuk kali ini kami dedahkan kepada anda beberapa fakta menarik yang kita sendiri tidak tahu mengenai Negara Matahari Terbit ini…
1.Tiada pembantu rumah
Walaupun Jepun adalah antara negara yang terkaya di dunia, rakyatnya tidak berminat untuk menggaji pemabntu rumah. Kaum ibu-bapa lebih bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penjagaan anak-anak mereka di rumah.
2. Pembentukan akhlak
Pada awal persekolahan hingga darjah enam, anak-anak di Jepun diajar dengan satu matapelajaran yang dikenali sebagai ” Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar-pelajar di sana belajar mengenai akhlak dalam diri, etika dan cara berdepan atau berkomunikasi dengan orang lain.
3. Tiada istilah gagal
Tiada istilah gagal pada awal persekolahan dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat menengah. Ini disebabkan objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak. Bukanlah hanya semata-mata mementingkan pendidikan dan indoktrinasi.
4. Membersihkan kawasan sekolah
Pelajar di Jepun membersihkan sekolah mereka 20 minit setiap hari bersama-sama guru-guru di sekolah tersebut. Ini membantu sikap ke arah generasi Jepun yang sederhana dan prihatin akan kebersihan sekeliling.
5. Berus gigi di sekolah
Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/steril dan mereka memberus gigi di sekolah setiap kali selepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua makan terlebih dahulu
Pengetua sekolah akan makan terbelih dulu makanan pelajarnya setengah jam sebelum pelajarnya makan. Ini adalah kerana untuk memastikan keselamatan mereka dari terhindar dari penyakit keracunan makanan. Pengetua disini menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlidungan.
7. Pekerja pembersihan Jepun
Pekerja pembersihan di Jepun digelar “Jurutera Kesihatan” yang dibayar gaji pada jumlah 5000 hingga 8000 USD sebulan. Nilai gaji yang mereka terima ini bergantung pada ujian bertulis dan lisan semasa ditemuduga.
8. Larangan menggunakan teleon bimbit
Dilarang menggunakan telefon bimbit di dalam keretapi/tren, restoran dan tempat-tempat yang tertutup. Mereka mengaktifkan butang “silent” pada telefon bimbit setiap kali melihat papan tanda, ini adalah salah satu sikap yang mencerminkan mereka mempunyai akhlak dan beretika.
9. Makan sekadar perlu
Jika anda berkunjung ke Restoran buffet di Jepun, pasti anda akan terlihat setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja. Mereka juga akan menghabiskan makanan tersebut tanpa meninggalkan sebarang sisa-makan di atas pinggan.
10. Kadar kelewatan tren
Kadar kelewatan tren/keretapi di Jepun paling tinggi dan paling lama pernah direkodkan hanyalah 7 saat sahaja. Ini kerana mereka adalah rakyat yang tahu akan betapa pentingnya menghargai masa dan amat peka pada ketetapan waktu.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit