Connect with us

Infozon

10 Kali Upgrade Tiket Dari Kelas Ekonomi Kepada Business Class Secara Percuma. Lelaki Ini Kongsi Caranya

Menaiki kelas perniagaan untuk mana-mana penerbangan memang merupakan impian setiap orang yang kerap menaiki penerbangan yang bukan bajet. Namun memandangkan harga tiket penerbangan untuk kelas perniagaan adalah berlipat kali ganda mahalnya berbanding dengan kelas ekonomi, impian untuk mencuba kelas perniagaan ini terpaksa dilupakan selama-lamanya.

Namun, baru-baru ini, seorang frequent flyer telah berkongsi di laman Facebook beliau tentang trik dan cara-cara untuk mendapatkan naik taraf dari kelas ekonomi kepada kelas perniagaan secara percuma, tanpa memerlukan sebarang bayaran.

Baca perkongsian tersebut di bawah:

10 kali Free Upgrade ke Business Class 2015-2016

Semasa nak boarding saya selalu berharap tiket saya akan ada “technical error” or “seat conflicted” semasa agent sedang scan tiket saya di mana ketika itu saya akan tahu saya akan dapat free upgrade ke business class.

B777 Qatar Airways, Seat configuration 2-2-2

B787- Dreamliner Qatar Airways. Seating configuration 1-2-1 with every seat is an aisle seat.

Saya agak bertuah sebab kerja saya menuntut saya untuk travel sekurang kurangnya satu flight setiap 1-2 bulan. Saya bekerja di middle east dengan rotation 6×3 di mana 6 minggu bekerja dan 3 minggu off. Semasa crisis oil&gas semakin teruk, rotation saya di tukar pula ke equal rotation di mana jika saya bekerja 4 minggu saya akan bercuti 4 minggu.

Di sini saya nak share tips untuk mendapat free upgrade ke business class.

Tapi anda perlu tahu, airline tidak akan upgrade anda sesuka hati jika masih banyak vacant seat di economy. So rule of thumb yang paling penting -> Overbooked flight, yang ini memang out of control.

B777 Qatar Airways Seating configuration 2-2-2

Qatar Airways B777

Tapi saya pernah di upgrade kerana seat saya perlu di berikan kepada orang lain dan bukannya overbooked flight. Selalunya saya selalu akan request “emergency exit row” jika terbang ekonomi. Mungkin seat saya diberikan kepada orang yang ada masalah tertentu atau special request menyebabkan seat saya perlu diberikan kepada mereka.

Ini tip yang anda boleh lakukan

1. Frequent Flyer Program

B787 – Dreamliner

Sila daftar untuk menjadi frequent flyer program untuk airline yang akan guna. Tidak kira jika itu adalah penerbangan pertama anda dengan airline tersebut, anda mungkin bertuah untuk di upgrade. Saya pernah dapat free upgrade dari Emirates dan itu adalah kali pertama saya terbang bersama Emirates.

2. Solo Traveler 


B787 – Dreamliner

Solo traveler mempunyai chances yang lebih tinggi untuk di upgrade berbanding mereka yang travel di dalam group. Jika anda travel bersama rakan, mungkin check in secara berasingan dan bukan secara group. Saya pernah nampak satu group traveler telah di upgrade ke business class but not all of them. Dari 6 orang cuma 2 orang yang telah di upgrade.

3. Dress Up

Baju fav bila fly. A340 Qatar Airways

Mungkin faktor ini paling overated sekali. Tapi saya percaya mereka tidak akan upgrade seseorang yang akan menyebabkan passenger business class yang lain tidak selesa. Anda tidak perlu pakai coat and tie tapi cukuplah sekadar smart casual ( polo shirt+jeans).

4. Ask them nicely 

Time nak check in tu cuba tanya boleh dapat free upgrade ke tidak. Tapi saya tahu kebanyakan check in staff agak annoyed dengan soalan ini. Mereka mungkin akan tanya anda balik jika anda mahu upgrade dengan menggunakan air miles anda. Saya tidak pernah request untuk free upgrade. Saya cuma akan tanya jika flight ini overbooked atau tidak. So, saya boleh estimate chances untuk di beri free upgrade.

5. Loyal to one airline

Saya selalunya menggunakan Qatar Airways (QA). Apabila anda sudah sampai ke level Gold untuk status privelege club, anda akan diberikan QCredits di mana ia boleh digunakan untuk upgrade flight sahaja dalam masa setahun. Point ini adalah berlainan dengan air miles atau di QA di panggil Qmiles. Anda akan dapat Qmiles berdasarkan penerbangan yang telah anda ambil. Qcredits adalah points “percuma” yang diberikan oleh QA untuk anda upgrade flight anda. Bagaimanapun anda perlu semak jumlah Qcredits yang diperlukan untuk setiap penerbangan dan upgrade hanya akan diberikan apabila ada kekosongan.

Jika anda terbang ekonomi sekalipun dan status anda adalah gold, selalunya cabin crew director akan datang untuk greet anda personally selepas take off.

6. Anniversary, Birthday, etc 

Let them know jika anda sedang travel dengan pasangan anda sempena ulang tahun perkahwinan di boarding gate. Chances are quite low saya rasa cuma jika anda beri tahu kepada cabin crew, mungkin chances anda lebih baik

Ini hanyalah pendapat saya sendiri setelah berulang alik selama 5 tahun KUL-Middle East. Anda mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah point di atas.

Saya menulis ini bukan untuk bragging tetapi untuk mengisi masa lapang semasa stand by.

In-flight entertainment untuk kelas perniagaan

Qatar Airways B777

B787 – Dreamliner

 Makanan yang disediakan untuk penumpang kelas perniagaan

Breakfast – Omelette with grilled beef patty

Greek yoghurt+strawberry and banana smoothie

Chocolate Indulgence Cake

Lunch – Grilled sage chicken breast stuffed with garlic and mushroom

Appertiser – smoked salmon

Late night snack

Fruit Platter

Soup – Coconut pumpkin soup

Appertiser – Smoked Salmon

Seared seabass with tamarind and chili sauce

Al Mourjan Lounge, khas untuk penumpang kelas perniagaan dan kelas pertama

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending