Infozon
10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu
Durian merupakan buah kegemaran rakyat Malaysia. Durian yang juga dikenali dengan nama raja buah merupakan buah yang menjadi pilihan masyarakat tidak mengira waktu. Dengan banyaknya jenis durian yang dijual dipasaran, seringkali banyak orang awam yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab sehingga mereka perlu membayar dengan harga yang tinggi. Untuk kali ini, kami nak kongsi tips dengan anda agar tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggung jawab dan anda juga boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda, mari kita lihat bersama jenis-jenis durian yang dijual di Malaysia.
1. Mao Shan Wang/ Musang King
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Rasa: Manis dan Pahit, Teksttur berkrim.
2. Golden Phoenix
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam
3. XO
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.
4. D24
Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands
5. D13
Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat
6. D1
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor
7. D101
Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor
8. Red Prawn
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor
9. Green Bamboo
Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor
10. Black Pearl
Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor
Jadi, setelah kami kongsikan tips ini, anda boleh tahu cara membezakan jenis-jenis durian.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit