Connect with us

Infozon

10 Barangan yang Perlu dibeli Sebelum SST Dikenakan Pada 1 September ini

Ekonomi Malaysia yang masih belum stabil membuatkan orang ramai takut untuk menghabiskan duit dan membeli barangan yang diinginkan. Ramai juga yang tengah rilek lagi sebab sekarang 0% cukai kan? Salah!

Rakyat Malaysia kena memberi perhatian dan berwaspada. Ini kerana selepas 1 September 2018, harga barangan ini naik selepas dikenakan SST.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa kerajaan secara rasminya akan mengenakan SST pada tarik tersebut sebanyak 10% dan cukai servis pada 6%.

.

Produk apa yang akan dikenakan oleh SST? Sila lihat senarai di bawah dan buat pilihan anda:

1. Barangan Peribadi

Tahukah anda kamera, kasut, dan cermin mata akan dinaikkan harga. Belilah sekarang kerana anda akan membayar 5-10% lebih banyak terutama sekiranya anda menginginkan barangan yang memiliki jenama.

2. Kereta

Ya, buat anda yang tidak tahu, harga kereta akan meningkat secara mendadak. Kereta boleh dikatakan sebagai satu keperluan bagi setiap keluarga untuk perjalanan yang jauh.

Dengan cukai 10% yang dikenakan, anda mungkin perlu membayar ribuan ringgit lebih banyak berbanding sekarang.

Mungkin ada yang tengah tak kisahsebab fikir mereka boleh dapat 0% SST sekiranya mereka membayar deposit pada akhir bulan ni.

Salah! Datuk Aishah Ahmad berkata sekiranya kereta itu dihantar dan didaftar pada 1 September 2018, anda perlu membayar SST.

Sama seperti barangan perabot. Segala jenis material bahan binaan tidak terlepas dengan SST. Bukan murah nak renovate rumah betul tak? Jadi anggaplah masa sekarang ni sebagai satu peluang keemasan untuk membeli barangan.

6. Barangan tandas

Ya, barangan tandas juga tidak terlepas dari SST. Sinki, mangkuk tandas, cermin juga akan dinaikkan harga pada 1 September 2018 ni.

Teringin nak buang air dalam tandas yang lebih cantik dan selesa? Tak perlu tunggu lagi, pergi beli sebelum semua tu hanyalah sekadar impian.

7. Produk penjagaan

 

Pencuci muka dah habis? Sabun dan syampu tinggal sikit je lagi? Anda sememangnya harus membeli kesemua produk ini. Apatah lagi semua ini merupakan bahan asas dalam kehidupan seharian kita.

Ubat gigi, berus gigi, barangan kosmetik semuanya akan dikenakan SST. Borong banyak-banyak buat stok. Mana tahu boleh buka online bisnes tiba-tiba?

8. Barangan Elektronik

Cantik kan telefon pintar Samsung yang baru tu? iPhone X tu pun hebat. Teringin nak beli tapi rasa harga mahal? Beli sekarang! Lepas ni harga kesemua barangan tu akan jadi jauh lebih mahal.

Bukan sahaja telefon, TV, speaker, monitor, keyboard, headphone semuanya akan dikenakan SST. Jadi, janganlah buang masa menunggu ya.

9. Tiket penerbangan domestik

Ada perancangan dengan rakan-rakan atau keluarga untuk bercuti di Malaysia? Pergi ke Sabah? Pergi ke Penang?

Jangan tunggu lama-lama, sudah tentu membuatkan harga tiket menjadi lebih mahal. Segera berbincang dan lihat jadual bercuti anda untuk membeli tiket dengan kadar segera.

10. Bilik hotel

Ya betul tu. Dah la bulan depan banyak cuti am, SST pulak muncul masa tu. Kalau ada plan nak duduk mana-mana hotel kena pastikan tempah sebelum 1 September 2018 ya.

Kalau tak berlipat kali ganda tu naik harga. Daripada nak enjoy cuti, terus jadi sedih mengenangkan nasib harga yang melambung tinggi.

Jangan fikir lama-lama

Wah nampaknya SST ni akan dikenakan kepada barangan yang kita guna seharian. Tapi sebab anda dah tahu lagi awal, pergilah rancang perbelanjaan anda. Jangan menyesal dikemudian hari sebab tak dapat beli barangan yang anda inginkan.

Sumber : Moretify

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending